Surah at-Taghaabun
Surah ini diturunkan di Madinah, mengandungi 18 ayat. Dinamakan surah "At-Taghaabun"(Kerugian), kerana dalam ayat 9, Allah Ta'ala mengingatkan tentang masa makhluk-makhlukNya dihimpunkan pada hari perhimpunan untuk menerima balasan. Itulah hari masing-masing nampak kerugiannya.
Ya'ni pada hari itu hari kiamat orang-orang kafir akan nampak kerugiannya kerana mereka tidak beriman: dan orang-orang yang beriman juga akan nampak kerugiannya kerana mereka tidak membanyakkan lagi amal-amalnya yang baik.
Intisari kandungannya: Membentangkan dalil-dalil yang terdapat pada alam, langit dan bumi yang membuktikan kekuasaan, keesaan, kemurahan dan kebijaksanaan Allah Ta'ala yang menciptakan sekalian makhluk.
Kemudian diterangkan bahawa di antara sebab-sebab kufurnya orang-orang yang kafir ialah kerana mereka menyangka bahawa mereka tidak sekali-kali akan dibangkitkan sesudah mati.
Oleh kerana ada di antara orang-orang musyrik dan orang-orang munafik yang cuba memperdaya orang-orang yang kurang berfikir dengan menyatakan: Kalau Muhammad dan sahabat-sahabatnya berada di atas jalan benar, tentulah mereka tidak berhijrah meninggalkan kampung halaman dan tidak pula mereka mengalami kesusahan; maka Allah menolak anggapan yang demikian dengan menegaskan:
"Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang menerima seseorang melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Faedah & khasiat membaca surah at-Taghaabun
Surah ini boleh menyembuhkan penyakit jantung. Selesai sahaja membaca ayat ini hembuskan ke dada sebelah kiri sebanyak 3 kali. Insya-Allah berkesan.

Comments