banci..membanci.. pembanci...

21 Julai 2010, 4.20 pm

ada orang memanggil.

teman keluo... sorang pompuan, sorang lelaki. belum sempat bertanya, deme berkabor dulu; 'banci'. buka pintu. jemput masuk. yang pompuan masuk. cam biasa, bertanya & pembanci sibuk isi borang... antara soklan yg ditanya? nama? teman jawab. teman paham, nama teman ni payah nak dieja. kekadang dah kabor ejaan pun orang salah tulih... pembanci mcm dah x sabor. tanya ejaan ulang kali.

teman kata, 'nanti, nama kak memang susah nak tulih ye...'

teman keluorkan biz card teman. diisinye. lepaih tu, bertanya pulak nama ahli & taraf pendidikan ahli keluarga lain.

sampe kat taraf pendidikan, ditanyanye... "belajar setakat mana?". teman diam. bukan pekak. terkejut + hairan. dia tanya lagi. macam merengus la jugak... teman tunjuk biz card teman di tepi borang banci yg sdg diisi. "ini.." . itu aje sepatah teman cakap. dia pandang/tengok. dia diam. dia tanya lagi.

pada firasat teman; pompuan nih x paham gamaknye Bac. of Mgt (Hons), USM. teman pun kabor, "ijazah..." dia ulang, "ijazah?" . teman sebut "ijazah sarjana muda" dia ulang sebut. tunduk tekun menulih..

teman bertanya, "dari ipoh ke tepen?"

jawabnye, "dari kuale. pejabat banci kuale"

dia bertanya lagi, "ijazah di mana?"

hati teman ni mcm dah keluor simbol2 : ?@!^&*&+=(*)(*... hati jer... mulut & perlakuan masih normal... teman tunjuk & sebut "ni...." dia tengok biz card teman... mcm blur plak pandangan mata minah ni... dia tak tulih ape2... teman tunjuk betul2 kat 3 huruf berkenaan. baru ler keluor suara, "usm?" teman jawab, "ermmm"

teman tau soklan dah dekat nak abih... teman pulak 'membanci' dia.

"memang buat kerja ni la ye?.."

"tak. saya part time je kat banci ni. sebenarnye saya payung terjun. saya kerja kerani di pejabat daerah."

" ohh.."

"pakcik saya lah... dia keje di jab. perangkaan. orang dah tak cukup. budak2 yg dipanggil untuk buat banci dah masuk U sambung belajor. jadi, org tak cukup... dia mintak saya buat. deme dah bising kat saya sebab tak hantor2 lagi. tu yang waktu pejabat saya keluor."

teman pandang selamba je muka dia...

"inilah kali pertama saya keluor waktu pejabat. kalo tidak, saya takde le camni. ini pun saya payung terjun"

teman pancing, "kak pun ada mintak, tapi tak panggil pun, ada nak pakai orang lagi ke?"

"dah takde, dah nak masuk fasa 2 ni.. dah tak ambik dah... saya pun mule2 tu malas jugak. payung terjun. tapi ingat nak cari duit raya, buat ler"

borang banci siap diisi. pembanci sebut, "siap". bangun. teman hulur terus le biz card teman.

dia ambik, "saya takde kad, kad gantung ni je..."

tak sempat teman baca nama di tag card. sudah berpaling.

keluor. tutup pintu.

* tulisan ini sengaja diloghatkan kerana memang ada yang loghat pun...
*
payung terjun? atau bidan terjun?... err.. guru bahasa tlg beri penjelasan. dalam loghat apa pun tak ngaper...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah