2 Ogos 2009, 8.30 pagi, menerima panggilan dari seorang kawan lama, kawan sekolah, panggilannya tidak sempat dijawab. Ketika itu, saya baru tiba di KL Sentral dalam perjalanan ke Kuala Kangsar. Saudara Rozal bertanya sama ada mendapat perkhabaran dari sahabat kami, Asma. Saya maklumkan, tidak menerima sebarang mesej daripada Asma. Rozal memaklumkan yang salah seorang sahabat kami, Masnita Rashid telah kembali ke rahmatullah. Terkejut saya dan terus teringat yang Mas akan melahirkan anak tidak lama lagi. Saya bertanya, “Apa ceritanya?” Rozal menjawab, “Tak tau, cuma terima sms dari Ma” Sebaik sahaja meletakkan gagang, sms dari Ma diterima. Saya meneruskan perjalanan pulang dengan keretapi. Setibanya di stesen Kuala Kangsar, saya menghubungi Rozal semula dan beliau dalam perjalanan ke sana. Disebabkan pakaian saya yang ‘improper’, saya pulang ke Padang Rengas bertukar pakaian terlebih dahulu dan mencapai kunci satria, kembali ke Kuala Kangsar. Sahabat-sahabat lain; Rozal sekeluarga, Kat...
Comments