Belasungkawa
Alfatihah kepada Cikgu Mahmud, guru Bahasa Malaysia saya dan rakan-rakan di SM Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Beliau kembali ke rahmatullah petang semalam, 7 September 2010. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Kepada keluarga allahyarham; bersabarlah...
Cikgu... jasamu dikenang... masih segar di ingatan saya; cikgu bacakan karangan-karangan saya di dalam kelas sebagai contoh karangan yang baik. Cikgu memberi keyakinan yang saya mampu menulis dengan lebih baik... terhasilnya tulisan-tulisan di blog ini jua adalah berkat ilmu yang cikgu curahkan.
Comments