pergimu.... Ramadhan

ye.. Ramadhan akan pergi.. kali ini, terasa terlalu singkat ramadhanku.. tidak banyak yang dilakukan. pencapaian? hanya Dia yang tahu..

Mengimbau Ramadhan yang lalu; tahun lepas, aku menjalani ramadhan sebagai warga Taiping, Perak. Berbuka puasa, bersahur, terawih bersama orang tua. Seminggu menjalani ibadah di kem Khidmat Negara. Persiapan kuih raya, aku sediakan bersama orang tuaku.

Tahun ini, masih rutin yang sama. Yang berbezanya, selepas pulang dari kem, tiada kerja bertimbun... hanya menunggu anak-anak didikku di sebelah petang & hujung minggu. Ada juga membuat biskut raya. Menerima tempahan bantal panas. Tak sangka pula menerima tempahan dari kawan mak, walhal sudah lama aku bercerita dengannya. Rezki... betul kata orang-orang yang berpengalaman dalam perniagaan; kalau berniaga, cerita apa yang kita ada. Tak cerita, orang tak tahu. Orang tak tahu, orang tak beli. Orang tak beli, takde rezki kita... Dalam kata lain, kata-kata salespeople; know your product. One of the key of selling is product knowledge.

Lah.. ke situ pulak pompuan nih... dari cerita Ramadhan, amal ibadat, ke bisnes pulak... tapi biz tu kan rezki.. rezki tu wajib dicari...

Hari ini, genaplah ramadhan ke 3_ kulalui, setiapnya ada kisah & pengajaran yang dilalui.

Semoga ramadhan yang berlalu, memberi nafas baru untuk aku melangkah ke Syawal yang bakal tiba... Syawal yang akan kulalui dengan debaran... semoga semua berjalan lancar... mohon kekuatanMu ya Rahman...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah