Posts

Showing posts from November, 2010

Salam Aidiladha

Image
Selamat menyambut hari raya 'Aidiladha kepada keluarga, saudara mara, sahabat handai, sekaliannya... salam kemaafan juga dihulurkan dengan luhurnya... buat pertama kali saya tidak meraikan hari raya bersama keluarga dan buat pertama kali meraikan hari raya bersama housemate dan buat pertama kali saya meraikannya demi sebuah pengorbanan Walau di mana pun, kami tetap meraikan 'eiduladha dengan cara kami sendiri.... kami pun masak jugak.... lihatlah foto hasil air tangan kami... Sebelum baca doa' makan Selepas... alhamdulillah

Job Satisfaction

Catatan pesakit luar...

Tak tau la kenapa; hati saya tergerak ke klinik kesihatan (KK) kerajaan. Walhal klinik swasta jaraknya lebih dekat dengan rumah saya. Berjalan kaki, sudah sampai. Tetapi ke KK, terpaksa memandu. KK -almaklum sajalah, ramai pesakit menunggu giliran. Lama saya menunggu tetapi tidak terasa bosan. Cuma agak penat, mungkin batuk dan kurang tidur akibat batuk-batuk malam yang mengganggu tidur. Kenapa saya tidak bosan? Kerana ramainya pesakit dan yang menemani pesakit mengundang pelbagai wajah dan kerenah. Si anak kecil dengan ragamnya. Warga tua berpeluang bertemu dan bertanya khabar. Ada yang membaca majalah yang disediakan. Walaupun sudah ketinggalan isu, tetapi masih boleh dibaca sekadar mengisi ruang terluang. Saya turut mencapai majalah 'Auto Touch' semasa menunggu giliran pendaftaran. Bahan bacaan saya dicuri baca oleh lelaki di sebelah kiri. Saya buat tidak tahu. Walaupun agak gelihati dengan lakunya. Lelaki di sebelah kanan saya memangku anak kecilnya. Si kecil comel menghisa...

Pabila tak sihat...

Semalam public holiday. Tapi ada meeting di Secret Recipe. Batuk2, hidung tersumbat, yang sedap pun nampak tak sedap, lidah tak boleh beza rasa sedap dan tak sedap. Balik. Entah macam mana, termasuk highway pulak... walhal ikut jalan biasa lagi dekat sampai rumah... ermm Malam. Siang tadi tak teringat langsung beli ubat di farmasi. Ke klinik lagi la tak teringat. Lagipun memang taknak ke klinik. Makan ubat, nanti lalok tak boleh buat kerja. Maka, teringatlah kat 1 emel yang diforward oleh Pak Su, rakan blogger. Stim buah oren yang dibelah sedikit di atasnya, taruh garam. Saya pun buatlah camtu. Dah letak atas dapur, sambung kerja transkripsi di ruang tamu. Rasa macam tak lama tinggalkan dapur. Tapi baik dijenguk. Alamak...apasal semacam ni? er.. cepat2 tutup api... la periuk kecik cap boya dah berlubang... wa.. abih la.. oren selamat... makan ler oren tu, periuk cari lain lah nanti... Pagi ni, batuk2 gak.. tahap kesumbatan hidung ni lebih dari semalam... buah oren yang dah berkurun dal...