Catatan pesakit luar...

Tak tau la kenapa; hati saya tergerak ke klinik kesihatan (KK) kerajaan. Walhal klinik swasta jaraknya lebih dekat dengan rumah saya. Berjalan kaki, sudah sampai. Tetapi ke KK, terpaksa memandu. KK -almaklum sajalah, ramai pesakit menunggu giliran.

Lama saya menunggu tetapi tidak terasa bosan. Cuma agak penat, mungkin batuk dan kurang tidur akibat batuk-batuk malam yang mengganggu tidur.

Kenapa saya tidak bosan?

Kerana ramainya pesakit dan yang menemani pesakit mengundang pelbagai wajah dan kerenah. Si anak kecil dengan ragamnya. Warga tua berpeluang bertemu dan bertanya khabar. Ada yang membaca majalah yang disediakan. Walaupun sudah ketinggalan isu, tetapi masih boleh dibaca sekadar mengisi ruang terluang.

Saya turut mencapai majalah 'Auto Touch' semasa menunggu giliran pendaftaran. Bahan bacaan saya dicuri baca oleh lelaki di sebelah kiri. Saya buat tidak tahu. Walaupun agak gelihati dengan lakunya. Lelaki di sebelah kanan saya memangku anak kecilnya. Si kecil comel menghisap puting sambil matanya memandang saya. Ekor mata saya melihat tangannya cuba menggapai majalah yang saya baca. Si ayah menarik lengannya.

Ini adalah sebahagian yang saya lalui dan perhatikan di KK.

Walau bagaimanapun, saya tidak berasa, semua pesakit 'enjoy' dalam sakit seperti saya. Mungkin bagi saya, mengunjungi KK memberi peluang untuk saya mengenali masyarakat setempat. Tetapi mungkin saya tidak peduli itu semua, jika terlalu sakit.

Rungutan warga tua, si anak kecil, "lamanya...", "lambat lagi ke...?" perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib.

Dari cara layanan para petugas KK, saya percaya, mereka telah melakukan tugas sedaya yang terbaik.

Apa yang perlu adalah sistem pengurusan yang lebih efisien. Perancangan sistem pengurusan berkesan wajib diusahakan. Bagi saya, yang bertanggungjawab ialah pihak atasan. Saya juga tertanya-tanya, adakah mereka turun ke bawah, melihat realiti golongan petugas di 'lapangan' (field staff)?

Sehingga saya mengakhiri tulisan pada ketika ini, saya sudah menunggu selamada 3 jam. Ada tiga pesakit lagi sebelum tiba giliran saya...

*Tulisan ini adalah dari catatan saya semasa di KK, semalam.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang