anti sosial?

"As expected, memang anti sosial you ni..."

Itulah ucapan yang saya terima dari seseorang. Tak kisah... tak meninggalkan bekas. Kalau tak meninggalkan bekas, kenapa menjadi isu dan nak diperkatakan di Blok Teman? Saya hendak menegaskan, inilah diri saya. Saya berasa sudah cukup dewasa untuk saya tahu apa yang saya mahu dan tidak.

Maaf. Keluar malam bukan cara saya. Ya. Saya biasa tiba rumah pada waktu malam, sendirian. atas urusan kerja? ya. urusan belajar? ya. keterpaksaan, tidak boleh dielakkan? ya. makan malam? agak keberatan... kenapa? masih boleh masak atau makan apa2 sahaja yang ada di rumah/di dalam peti sejuk. berkaraoke malam? sori... siang atau malam, ia asing bagi saya. Pernah seorang dua rakan bertanya, "You bertudung, sebab tudung atau you islamic? bukan apa, you tak clubbing ke?" ... saya senyum dan menjawab, "I tak suka tempat yang ramai orang. Tak selesa"

Pangalaman bekerja di sebuah institusi perbankan di Jalan Ampang memberi peluang saya mengenali ketahanan diri saya. Saya terlalu suka bekerja. Rakan serumah saya kata saya workaholic... entahlah... tapi saya seperti mahu tahu banyak perkara. Lebih banyak saya buat kerja, lebih banyak saya tahu. Itu yang saya suka dan tidak membosankan saya. Pulang sekitar 10 malam sudah menjadi kebiasaan buat saya. Sehingga satu hari, saya mula batuk2. Tiba malam hari, walau tidak berembun, saya tetap batuk. Akibatnya, saya tidak cukup rehat, tidur sering terganggu. Siang hari bekerja, saya seperti orang mengantuk tetapi masih bekerja dan menjadi rujukan rakan. Kebiasaan pulang lambat menyebabkan saya seperti terikat, tidak dapat pulang awal. Akhirnya, saya bertukar kerja.

Ketika bekerja di Jalan Ampang, semasa di serang batuk malam; apabila keluar dari bangunan pejabat, berjalan ke stesen lrt (pastinya di tepi jalan), sesampai di lrt, ramai orang. Seksanya menahan batuk. Tidak selesa.

Bersama rakan sekelas, saya terpaksa mengelak. Asap rokok sering membuat saya pening-pening, dan terbatuk-batuk. Maaf. Walaupun suka berbual, mendengar pendapat kalian, saya tidak boleh selalu begitu...

Walaupun tidak kerap mengalami batuk malam, kalau perlu dielakkan dari aktiviti luar di malam hari, saya akan mengelak. Kadang-kadang gerak hati saya boleh berasa masa sensitif tersebut. Jika menentang intuisi sendiri, sendiri juga menanggung...

Kata-kata Ustaz Radzi; pensyarah minor Pengajian Islam saya dulu, pertama; Agama, kedua; diri sendiri, ketiga; keluarga terdekat (ibubapa, jika berkeluarga;suami, anak2) seterusnya, jiran dan masyarakat.

Dalam sihat pun, adakala kita alpa menunaikan ibadah, terlepas pandang hal keluarga....

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah