Apakah Nilai Kita?

Pagi tadi, saya singgah di kampus untuk mengikuti ceramah yang disampaikan oleh Encik Pahrol Md Juoi. Hari ini baru saya tahu yang beliau juga adalah seorang penulis lirik lagu-lagu nasyid termasuk lagu Sumayyah. Disebabkan lagu bukan minat saya, agaknya, sebab itulah saya lebih mengenali beliau sebagai seorang penulis. Ada antara bukunya yang saya promosikan di online bookstore saya. KLIK SINI.

Tertarik dengan tajuk dan mengenali hasil tulisan penceramah menyebabkan saya menghadiri majlis ilmu ini. Banyak yang disampaikan dalam masa yang singkat.

Yang ingin saya kongsikan untuk entry ini ialah Formula Kecemerlangan Individu. Beliau membahagikan kepada 3 iaitu:

1. Personal = memiliki visi dan misi hidup
2. Professional = membangunkan potensi diri ke tahap maksimum.
3. Interpersonal = memberi kebaikan kepada orang lain.

InsyaAllah dalam entry yang akan datang akan saya tulis kupasan beliau tentang 3 perkara ini untuk dikongsikan bersama-sama teman-teman sekalian.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang