Gulai Tempoyak
Ada yang tak reti buat gulai tempoyak? Senang je... masuk cili kering dikisar secukup pedas atau untuk pedas melampau, bubuh cabai burung(cili padi/cabai melaka) + sedikit kunyit hidup yang telah ditumbuk halus atau 'rajin', masukkan sahaja serbuk kunyit sedikit + tempoyak secukup rasa + serai yang telah dititik + santan + ikannya. Rebus dalam periuk sehingga elok masak dan tambahkan garam secukup rasa.
Mudah sahaja memasak gulai tempoyak ni. Bahan pentingnya ialah tempoyak. Pastikan tempoyak asli dan berkualiti untuk menghasilkan gulai tempoyak yang enak.
Comments