Cuti hari pekerja dihabiskan di Kuala Lumpur, lebih tepat menjejak zaman kanak-kanak di sekitar Kampung Pandan, Maluri. Tiada gambar diambil tetapi setiap kali melalui tempat-tempat yang masih ada, bangunan yang masih tersergam, menggamit kenangan 30 tahun lalu...

Jalan Belangkas 3, kejiranan yang masih segar dalam ingatan. Main Teng-teng dan Zero point bersama kawan-kawan bangsa Melayu, Cina, India, Sikh.

Kali pertama cabut gigi susu..Klinik Pergigian Kampung Pandan. Demam? Klinik Kampung Pandan. Kali terakhir mendapatkan perkhidmatan di sini; Ramadhan, 2007, kena food poisoning.

Tak jumpa gambar sekolah in google image.. terjumpa imej buku rampaian sekolah dari blog junior, bubbles182.com. Akak pinjam ye dik Julia... buku sama cam dedulu, masih guna layout yang sama...

Pasar Kampung Pandan. Dulu tak macam ni, dulu simple betul.. ingat lagi ikut emak beli ayam dan barang-barang basah di pasar lama dulu. Kaki confirm basah kena air pasar...
Apa lagi, ye? banyak... tak terluah dengan kata-kata dan imej... terlalu banyak perubahan sekitar pandan. Dulu terasa lapang, kini serasa sesak dan sempit. Inilah salah satu tempat dibesarkan.
Comments