ia kembali...alah berbisa
Sakit yang teramat... orang kata alah bisa tegal biasa, yang ini alahnya tetap mengalah... migraine datang bertandang, denyut kepala, leher dan bahu.
Mungkin terlalu lama di hadapan laptop menyiapkan tugasan transkrip tempoh hari sehingga 5.20am. Khamis, saya tidur jam biasa. Sasaran pada hari kedua untuk menyiapkan sebelum mencecah hari ketiga. Tidur setengah jam tengahari jumaat. Berterusan sehingga jam 11.30pm. Lelapkan mata sejam dan menghirup kopi sambil menyiapkan tugasan terjemahan transkrip. Yes! Pecah rekod sendiri. Terjemahan siap emel 5.20am. Tidur sebentar sebelum azan subuh berkumandang. Sambung tidur sehingga jam 10.30 am. Ditambah dengan masa-masa kewanitaan... terasa lemah... rehat seharian.
Ahad; ke library menelaah untuk menyiapkan tugasan Functional Management pula. Bosan. SMS housemate cik Yana & adik, mengajak berjalan-jalan di taman. err.. cik Yana ada datinglah plak.. tergerak hati ke Sri H. bukannya apa teringat kat mr Adam. Niat dibatalkan. Harimau hujan... balik ke rumah terus. Badan serasa sangat lemah, tak lalu makan. Hirup sup dan jamah roti sikit. Mesej dari mr Adam, dia di Sri H... lain kali lah...
Pagi ini (Isnin) text dari kak Ida, "harap ada masa luang datanglah tolong research kami..." aduh! bukan tak sudi, tugasan belum siap. cuba nak siapkan malam ni... nampaknya tak mampu... sekejap lega, sekejap sakit... 20 tahun alah yang bisanya hanya yang mengalami mengerti...
Comments