Misi-misi yang sukses

Hari-hari yang sangat menghambat... tugasan rezki, tugasan ilmu, amanah Allah

Misi 1: Assignment
Siap satu literature review yang very challenging; review kepimpinan politik wanita. fuh! politik tuh... err ... title yang terpaksa disiapkan, digali hasilnya. (sepatutnya tajuk ni bagi kat 'orang tu'. 24/7 pun tak khatam topik ni dia ulas). Alhamdulillah... hampir 3 am, 19 Julai 2011 baru siap salah satu tugasan Quantitative & Qualitative Research Approaches in Organizational Leadership.

Kelas malam tu, wow! orang pertama submit assignment. he he.. orang pertama je.. result tak tau lagi.. seronok punya pasal; malam tu, balik tidur dulu. konon nak bangun awal untuk siapkan transkrip (yang ni rezki).

Misi 2: Transkrip
Apa nak kata, terlajak perahu boleh diundur, terlajak tidur, subuh gajah + blur sekejap. apasal blur? 20 Julai 2011 ada appointment dentist kat Ipoh. Camner ni? dateline transkrip hari yang sama. Nak drive ke Ipoh? masalahnya, ke kelas malam nanti, of course jalan jem masam... tren!

semak schedule di web KTM. 9.30 am ada. apa lagi, kelam kabut siapkan transkrip yang tinggal beberapa minit tuh.. e mel to klien. jam 8.40am, mandi express. grab bag (nasib baik dah siapkan sebelum tidur). breakfast? lupakan saja... catch the train first. sampai kaunter tiket jam 9.20 am.

Misi 3: Ipoh!
punya la termengah-mengah, "cik, tiket pukul 9.30 am ada lagi tak?" .

Jawab kakitangan KTM, "Tren pukul 9.30 am tak ada. Pukul 3 petang nanti"

"Hah?!"

"Mulai bulan ini, yang terawal jam 8.45 am. 9.30 am dah tak ada. Cuba tanya di kaunter ETS"

ETS kaunter - tiket ke Ipoh jam 9.45 am, RM35. after student discount, RM30. Err tak pe lah cik kaunter... appointment dentist jam 3.30pm. Awal lagi.

Bergerak perlahan. Breakfast dulu. Break yang very fasssst! destinasi seterusnya, perhentian Puduraya. Tiket ke Ipoh, RM17.50 . Senyum... Misi ke Ipoh berjaya untuk jumpa dentist dan misi di Ipoh. Gigi itu aset. Amanah yang mesti dipelihara...

Misi 4: Attend my final Functional Management class
Wajib pergi, mana tau ada tips exam Prof. bagi. Treatment habis jam 4.45 pm. Yes, sempat nak ambil tren jam 5.15pm. dulu, tunggu bas kat Kg. Simee cepat sampai. bukan jauh sangat pun. err, itu hari baik, hari ni kurang baik sikit, salah naik bas.
Nak bayar tiket, driver bas cakap, "bas ni tak pergi bus stand, ini masuk jalan dalam jer"
dengan selamba, turun bas. Tetiba, "Ouk, ouk"
Olang Ipoh manyak baik, tatak sombong tapi itu anjing menyalak saya, aiyakk.. saya pandang anjing. Pabila 6 mata* bertentangan, anjing tunduk, berlalu dengan selamba. Anjing spesies apa ye? Jalan kaki ke depan klinik semula.


Misi 5 (Misi tambahan): Deghoyan lah plak...
Handphone pitam rupanya... on. Ada sms. Err.. tak payah la kome tanya lebih2... misi nak kejar kelas 6.30pm takkan kesampaian. Tren ETS harga RM22 jam 6.15pm. Ini misi yang ingatkan orang tu tak berminat... minta sudi mengambil deghoyan pada malam yang sama. Misi yang ni selesai jam 10.45pm.

Misi 6: Tanggungjawab sebagai hambaNya
Susah hati juga. Di mana dan jam berapa baru dapat bersolat. Indah sungguh aturanNya. 5.50pm beli tiket tren. Surau bertentangan kaunter. Wuduk. Solat. Alhamdulillah..6.05pm berlari ke tren. Tunjuk tiket ke cik Pramugari ETS, koc kedua dari hujung. Berjalan dengan tenang. Solat seterusnya di hentian akhir. Syukur kepadaMu memberiku kekuatan hari ini.

Malam tu, tidur dengan selingan batuk. Walau demam bermula dan keesokannya pasti ke klinik biasa pula, segala misi telah selesai. Misi 4 tidak gagal, kelas ditangguhkan kerana Prof. tidak sihat.

* 6 mata, sebab anjing tu ada dua mata + cik specky, bermata empat.



Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah