Kopi O kau... nak berjaga malam
Rabu malam terima call dari Diena. Ad hoc job as note taker for IDI. Schedule: Friday 10 am until 11.00 am. Kalau terlajak pun, lebih setengah jam aje... next session, jam 12 noon, last session, jam 2.30pm... fuh... seharian opis lah di Bangsar. Boleh aje.. jadi note taker tak seberat transcriber. Salin point and transfer ke format yang disediakan. Then, touch up sikit-sikit. Balik. Kerja siap. Hantar invois, tunggu payment. Payment boleh tahan jugak.
Job ni saya accept, kebetulan dah bercadang nak buat transcribing untuk job dengan researcher Unirazak pada hari Khamis. Seharian Jumaat pula nak menyiapkan weekly assignment paper ODC dan SM. Plan bertukar, Jumaat cari makan. Balik, malam tu, pulun ODC & SM.
Sabtu, Shaza dah lama booking untuk sit-in transcribing. Banyak kali juga dia remind. Saya rasa dia baru handle, itu yang macam ngelabah sikit. Kalau Carol, dia memang tahu cara saya.
Okay. Jumaat, 9.30 am dah sampai Bangsar. Tunggu punya tunggu untuk project briefing, researcher datang lebih lambat dari responden. Haru biru betul. Camna lah pompuan ni boleh jadi researcher? Saya masuk ke dark room tanpa briefing. Format di emel & open semasa IDI telah dimulakan. Nasib baiklah sembang2 pasal kopi. Ada experience dengan F&B project. Dan pernah juga jadi responden untuk projek kopi (masa tu tak buat kerja-kerja camni lagi..). IDI session jam 2.30pm batal. Lega... boleh balik rehat sebelum start menelaah apa yang patut. Malam tu, punya bersemangat menyiapkan tugasan ODC. Berjanji dengan diri sendiri - siapkan ODC, baru tidur. Hasilnya, 3 am baru tidur.
Pagi esok bangun macam biasa. Lepas solat subuh, sarapan. Cuci kereta kat car wash. Terus ke library. Siapkan assignment SM pula. Lunch. Terus ke PWTC. FGD session lambat pula start... responden lambat... aduh... session habis hampir jam 6pm. Balik rumah dah penat semacam tapi tak boleh tidur. Layan Cerekarama dengan baring2 layu. Alarm dah set jam 3am. Nak bangun buat transkrip.
Entah bila terlenanya, sedar2 hari sudah pagi cerah... Oh! tidak, tidak. Sekali lagi terlajak tido.. Sabtu baru nak mula buat. Sehingga jam 10.40pm, sekarang ni lah, tak sampai setengah jam lagi. Dateline Selasa petang. Esok malam kelas 3 jam + drive pegi balik kelas, 2 jam. Nak tak nak, suka tak suka, by hook or by crook, malam ni kena siapkan 1.5 jam FGD. Overall ada 2.5 jam tu.. Jadi, kopi O kampung yang pekat kow dah dibancuh. Semoga misi tugasan ni berjaya. Dan berjaya seperti selalu.. he he.. bila ada member junior tanya, macam mana akak ni, ya? Jawab saya, "must have determination" (dalam hati, aku stres ko tak tau... he he). Okay sambung kerja transkrip. Hirup kopi sikit2... Selamat malam semua...
Comments