Posts

Showing posts from October, 2011

Surat kechiwa...sedih...speechless...

Image
Surat ni diterima minggu lepas tapi tak sempat nak dikongsi kisah di blok teman. Ingatkan bulan ni seperti biasa cuma terlewat sahaja. Eh?! tiada katalog? camne nak beli barang ni? Rupa-rupanya, surat Nutrimetics hendak memaklumkan, selepas 33 tahun, Nutrimetics nak gulung tikar. Semua keahlian Nutrimetics akan berpindah ke Tupperware. Automatik jadi ahli tuuperware. Errmm .. tak kisah lah bab tukar keahlian tu, tapi bab produk2 Nutrimetics yang dah serasi dengan kita ni, berpindah ke Tupperware ke? Nampak gayanya, kena confirm pasal produk Isogen, dan beauty product yang lain tu. Kalau tak ada, kenalah fikir-fikirkan produk apa pula nak menggantikan produk yang dah lima tahun diguna ni. Sedih... Kechiwa... kenapa, ya Nutrimetics jadi camtu? Mungkinkah kerana dah terlalu banyak saingan produk kecantikan dan kesihatan tempatan di pasaran sekarang ini?

10 Petanda Dia Jodoh Kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita : 1. Bersahaja Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia...

Finally... ada jawabnya

Satu ketika dulu, saya ditegur oleh seorang kenalan. Dia melihat saya kelihatan penat. Saya jawab "Kurang tidur. Malam, tidur sekadar melelapkan mata, kemudian bangun semula, sambung kerja. Bila mengantuk, baring lelap sekejap dan bangun, sambung kerja lagi". Saya juga memberitahunya, dalam masa yang sama, saya perlu membuat tugasan pembelajaran juga. Dia bertanya kerja apa yang saya buat sehingga tidur tak menentu. Dalam hati saya, "Dulu aku dah cerita kat hang, aku buat transcript. Hang macam paham je (maklum aje lah orang pegang MBA), so, tak payah lah aku explain transcript tu menatang apa. Ni awat hang tanya lagi?". Dia membalas kata-kata saya, "You kejar yang short term. Sedangkan long term which is your study, you not pay attention" Saya pandang sahaja dia. Segan nak menjawab. Sebab apa segan a.k.a malas nak jawab? Sebab dia tahu sebut perkataan susah, dengar perkataan susah tapi tidak pernah rasa perkataan susah. Dalam hati saya berkata-kata, ...

Majoriti tidak semestinya benar

Malam tadi, saya menonton program Halaqah di TV9. Penceramah yang dijemput ialah Dr Danial Zainal Abidin. Tajuk perbincangan malam tadi ialah tentang Nabi Nuh a.s dan bahteranya. Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya kepada agama Allah selama 500 tahun. Walau bagaimanapun, dalam tempoh itu, hanya 80 orang sahaja yang mahu mengikut. Dr Danial menegaskan, "Hanya 80 orang yang mengikut. Majoriti tidak menerima. Ini menunjukkan majoriti tidak semestinya benar. Majoriti tidak semestinya benar". Buat ingatan saya dan pembaca, renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Bosan tahap Cipan

Image
Jarang teman rasa bosan tahap cipan. Biasanya ada cara to overcome bored nih... tapi kali ni macam takleh pulak... next week kelas cancel, lega rasa nak melompat2 kegembiraan sebab next week sepatutnya turn teman buat presentation tapi report kena buat gak... Rabu; lepas separuh siap report, baru buat sikit2 SWOT analysis nak dapat 10 pages pun selak sana, selak sini, analysis silang belum buat. Tahap ketepuan, pi basuh kain. Itu cara hilangkan bosan. Basuh pakai tangan, main2 air, baru macam release tense tu... Tengah basuh kain, hp berbunyi, Cik Faredah mintak tolong, katanya, "dah pening2 nih, tak tau mana nak cari orang." Ada audio nak transkrip terdesak. ermm boleh je lah.. this week. Next week note taking booking, payment murah sangat tapi ok je lah.. tolong member. aritu, dia tolong transkripkan assignment teman. Dapat A lagi paper tu.. he he Tapi, dah masuk 2 hari tahap bosan cipan. Audio quality - skala 1-10, teman bagi -10. Boleh gitu? Macam tu la kalau researcher y...