Majoriti tidak semestinya benar

Malam tadi, saya menonton program Halaqah di TV9. Penceramah yang dijemput ialah Dr Danial Zainal Abidin. Tajuk perbincangan malam tadi ialah tentang Nabi Nuh a.s dan bahteranya.

Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya kepada agama Allah selama 500 tahun. Walau bagaimanapun, dalam tempoh itu, hanya 80 orang sahaja yang mahu mengikut. Dr Danial menegaskan, "Hanya 80 orang yang mengikut. Majoriti tidak menerima. Ini menunjukkan majoriti tidak semestinya benar. Majoriti tidak semestinya benar".

Buat ingatan saya dan pembaca, renung-renungkan, fikir-fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Rooibos: my favourite tea