Ketua Kelas

"Cikgu, saya minta maaf kerana tidak menjadi ketua yang baik"

"Saya faham situasi kamu, it's okay"

Pada hari pertama, saya meminta sesiapa sukarela menjadi ketua bagi mengawal disiplin ahli kelas. Seorang pelatih bangun, menyatakan kesanggupan untuk memimpin kelas.

Bukan mudah untuk mengawal kelas yang terdiri dari 39 ahli dari pelbagai latar belakang, budaya dan gaya hidup.

Walaupun berasa diri gagal, bagi saya, keinginan untuk mencuba adalah lebih baik dari berdiam diri. Peluang yang diambil digunakan untuk menguji potensi diri.
Menggunakan peluang yang ada; jalan terbaik untuk menguji diri dan mencari kelemahan diri. Kejayaan mampu digapai setelah mengetahui potensi diri. Ini adalah landasan untuk bergerak ke hadapan menghadapi dunia lebih mencabar.

Cikgu ucapkan GOOD LUCK! Jangan gentar menghadapi cabaran mendatang

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang