Di bilik gelap itu..

Berjumpa dengan seorang kakak tai'chi di taman semalam, heboh dia, "hah, lamanya tak nampak!". Memang dah seminggu lebih tak join tai'chi. Bukannya tak mahu tapi mengejar masa. 

21 - 23 Sept. menulis transkrip. Tak kuasa nak bergerak keluar ke mana-mana selagi transkrip belum siap. 24, 25 & 26 Sept dapat tugasan note taking di Dang Wangi. 

Tak ramai yang faham tugasan/kerjaya sebegini. Kerja note taking ni biasanya duduk terperap ambil point di dalam observation room yang sempit dan gelap gulita. Tak boleh pasang lampu. Kalau pasang lampu orang sebelah sana nampak. Kadang-kadang nak tergelak pun ada apabila orang sebelah sana  mencerminkan diri. Kalau nak dapat bayangan bilik gelap tu, kepada yang biasa menonton siri-siri penyiasatan polis macam cerita NCIS ke... boleh lah bayangkan. Atau nak tengok contoh sebenar boleh tengok je kat bawah ni

  
terima kasih Mr Gugel...

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang