Tiru, ciplak, curi

Kita ada idea. Kita ada bahan untuk realisasikan idea. Kita mahu orang miliki idea yang telah kita realisasikan. Kita bangga kalau orang miliki dan guna produk yang kita cipta. Kita anggap orang hargai inovasi kita. Kembang-kempis perut dengan rasa bangga... pernah dengar ayat ni -  "Terasa diri ini begitu berharga..."

Lepas tu, kita marah. Kita meradang. Kita naik angin. Kita naik minyak (macam harga RON yang naik selepas 12am tadi). "Penat-penat aku design, macam nak pecah kepala otak. Senang-senang je orang tiru. Curi idea asal aku"

Sabor Yop, sabor. Yong pun banyak-banyak bersabor. Bawak bertenang, jangan bertendang..

Inilah yang nak dikisahkan. Pagi tadi, selepas bersahur, teringat ayam goreng. Bukan nak makan. Teringat kisah KFC & Kolonel Sanders. Dah lama tahu kisah perjalanan hidupnya. Tapi untuk kesahihan, rujuk laman rasmi KFC di sini .

Mengambil iktibar dari kisah mendiang atuk Sanders ni, usahanya yang tidak pernah kenal erti berhenti dan putus asa, membuahkan hasil pada usia persaraan. Beliau tidak memiliki apa-apa selepas perniagaan restorannya terpaksa ditutup. Yang ada hanya satu resipi rahsia ciptaannya - rempah ayam goreng. Disebabkan beliau orang Kentucky, AS. Ayam berempahnya terkenal dengan nama Kentucky Fried Chicken. Sekarang dikenali sebagai KFC. Pada awal 1960an, terdapat 600 francais KFC di AS dan Kanada.

Merujuk di sini , KFC Malaysia mula dibuka pada 1973. Tengok iklan ni. Sekarang dah ada 500 francais KFC di seluruh Malaysia.

Apa kena-mengena dengan tajuk? Lari tajuk apa ke? TAKKKK . Yang nak disampaikan - francais di Malaysia banyak. Cer cuba darabkan dengan pekerja bagi setiap satu outlet. Pekerja-pekerja KFC pula ada part-timer dan ada yang berpindah kerja di tempat lain. Jadi, kemungkinan resipi rahsia ditiru, ciplak, curi, sangat tinggi. YA, rempah tu dah siap packing. TAPI, masih boleh ditiru, ciplak, kan?

Pernah tak kita tengok tepung khas untuk goreng ayam? Siap dengan jenama Kentucky lagi, walaupun made in Malaysia dan takde tempat kat Malaysia nama Kentucky kecuali restoran Kentucky Fried Chicken.

Tanya dan minta komen khalayak? Tak pernah buat research tapi biasa terdengar di telinga, "Ayam goreng KFC paling sedap". Originality remains.

Moral of the story:

1. Kita tak dapat elak orang untuk tiru idea kita tapi idea asli tetap disebut-sebut orang.
2. Bagi saya, kalau orang tiru idea saya, bermakna idea saya bagus sampai orang sanggup bersusah-payah tiru.
3. Bagi saya, orang ambil sebab respect idea kita - "terasa diriku begitu berharga"
4. Orang tiru, ciplak, resipi KFC tapi KFC tetap berkembang. Baca milestone di sini.

Akhir kata, tulisan ini tidak dibayar oleh KFC atau mana-mana agensi swasta atau gomen. Sekadar meluahkan apa yang berlegar di minda.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah