Tulisan yang perlu dibincang/fikir-fikirkan?

Baru lepas baca kat satu website - Executive summary yang ditulis oleh seorang Professor of  Business History. Selama belajar business, tak pernah dengar pula ada satu kursus/paper Business History. Menarik tu... mungkin kita perlu ada satu paper macam ni supaya pelajar2 perniagaan lebih faham & menghayati kursus bisnes yang dihadiri. Inspired to become an entrepreneur, bukan mengeluh tak dapat kerja makan gaji.

Okay. Berbalik tentang working paper yang ditulis oleh Mr Jones ni - Entrepreneurship in the Natural Food and Beauty Categories Before 2000: Global Visions and Local. Salah satu key concepts yang ditulis: 

"Many individual entrepreneurs suffered from personal illnesses which appeared to have motivated their subsequent careers". Di bahasa melayukan, Ramai usahawan pernah menderita sakit yang kemudiannya menjadi pendorong kepada kerjaya  mereka yang seterusnya. Betul ke? 

Semasa menyiapkan thesis Master dulu, ada membaca tentang seorang ahli perniagaan Jepun yang berjaya, mendiang Masao Ogura. Pada 1948, beliau pernah menderita sakit pneumonia dan terlantar di hospital selama 5 tahun. Pernah satu malam, dia bercadang membunuh diri tetapi niatnya dibatalkan. Pengalaman keusahawanannya sebelum sakit ialah menjual saccharine (pemanis tiruan). Zaman itu, Jepun susah nak dapat gula asli. Nak dikatakan beliau usahawan natural food and beauty, tak juga. Selepas sembuh dari sakit, mendiang bekerja di syarikat pengangkutan ayahnya. Di bawah pengurusan dan keberaniannya (guts), syarikat berkembang sehingga kini, boleh klik link di sini http://www.yamato.com.my/ . Walaupun bukan perniagaan food & beauty, sebelum mendiang bersara, usahanya untuk berbakti kepada masyarakat ialah dengan memberi pekerjaan kepada golongan OKU dengan penubuhan Swan Bakery. Kedai roti yang dikendalikan oleh OKU. 

Itu kisah Masao Ogura. Kisah sakit usahawan lain? Saya belum mengkaji sebagaimana Mr Jones lakukan. Tetapi yang pastinya, setiap usaha, ada cabaran dan dugaan. Sakit itu cabaran dan dugaan.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah