Bertuah dan bersyukur

Hujung minggu baru-baru ini berpeluang meluangkan masa berjalan-jalan di bandar bersejarah Melaka. Satu hari bermalam di sebuah inapdesa.

Seronok rasanya bermesra dan berkenalan dengan ahli rombongan yang lain. Majoriti mereka adalah golongan senior. Ada yang seusia emak dan abah saya sendiri.

Banyak yang diperbual, diperhati, dimengerti, direnungi, dipelajari.

Setelah pulang, malam itu dan keesokan pagi, bermuhasabah diri. Syukur kepadaNya kerana mengurniakan ibu dan ayah yang terbaik untuk saya dan adik-adik.

Mohon Allah panjangkan usia mereka supaya banyak lagi yang dapat kami pelajari dan kongsikan dengan mereka berdua. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah