Rezki ketentuanNya

Dalam kepanasan di PNM, saya menerima panggilan telefon dari klien. 1 Oktober 2013 saudara Hakim menghubungi untuk bertanyakan kelapangan masa pada minggu depan, bermula 7 Oktober 2013. Alhamdulillah... Allah lorongkan rezki saya di bidang ini. Mana mampu saya menolak pemberianNya. Walau ramai suara-suara yang bertanya, "tak cari kerja tetap ke?", "kenapa tak minta jadi cikgu/tutor/pensyarah?". Tidak kurang juga yang memberi kenyataan "kalau saya jadi akak, saya cari kerja". 

Berapa sen, berapa RM yang saya terima, saya sahaja yang tahu menguruskannya. 

Bagaimana menghadapi politik pejabat suatu ketika dahulu, menjadi sempadan dan kenangan dalam hati.
Bagaimana bebasnya jiwa sebagaimana terma 'freelancer' itu sendiri, hanya mereka yang melaluinya yang menghayati...

Sekali lagi, saya ingatkan diri; ini rezki yang Allah tentukan buat saya pada ketika ini. Syukur Alhamdulillah ucapan terbaik. 

Sabda Nabi Muhammad s.a.w, maksudnya: "Barangsiapa yang membaca Surah al-Waaqiah tiap-tiap malam akan terhindarlah ia dari papa (miskin melarat)"

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah