Semangat berkobar, hasil tiada
Siang tadi moyok... kurang sihat sikit... biasa lah apabila usia semakin meningkat (rasa makin tua...sebab memang dah tua pun..). Tertidur selepas tertidur. Terjaga selepas telefon berdering. Ada pula telemarketer beritahu dapat free voucher. Layan kan ajelah...
Selepas tu, teruskan membaca. Tetiba dapat idea, hasil dari bacaan jurnal. Selepas maghrib, menghidupkan komputer & internet.
Tapi... sedih sungguh... akses ke laman yang dikehendaki... seperti menanti buah mempelam muda luruh (pepatah baru ke? - pokok mempelam depan rumah dah berbuah tapi hijau lagi)
Akhirnya, meluah rasa di blok teman ni lah... tiada hasil dapat dituai.
Mohon diizinkanNya, esok dapatlah memuatturun segala keperluan dan bahan di PNM.
Comments