My mini garden - organik lagi...

Hasil mengisi masa lapang sejak mula tinggal di rumah ini, pokok-pokok kecil yang ditanam silih berganti. Walau bagaimanapun, serai yang tumbuh dengan banyaknya sudah pupus.
 Pokok ulam raja yang baru telah tumbuh kembali - dengan benih baru. 
Satu-satunya pokok ulam raja yang bertahan lama, sudah setinggi pinggang. 
Pucuk pokok ini sudah kerap diulamkan. 
  Cabai ini tidak bermodal RM pun... hanya lebihan biji cili kering untuk memasak ditabur-taburkan. Apabila ada anak-anak pokok cabai yang tumbuh, diubah dan ditanam semula dengan teratur. 
Alhamdulillah, pokok cabai yang ini tumbuh dengan baik. Inilah kali pertama ia berbuah dan buahnya sungguh gemuk. Walaupun tidak seperti dijual di pasar, boleh dikatakan baik sebab tidak berbaja. 
Cabai-cabai organikku.
  Benih pokok bunga yang diberikan oleh Yong Piah semasa bertandang ke rumahnya telah berbunga. Pokok-pokok yang lain akan berbunga tidak lama lagi - in sha Allah... 
semoga berserilah depan rumah kami nanti... 
 Pokok-pokok  kunyit yang ubi kunyit dibawa balik dari kampung sudah dapat dimasak hasilnya.
Kepada sesiapa yang tidak pernah melihat anak pokok delima, inilah rupa kejadiannya...
Berbudi pada tanah, pasti ada hasilnya...




Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang