Ponteng kerja, pergi kelas

Minggu lepas tidak ke kelas tafsir. Kelas ini baru saja disertai. Seronok pula belajar dengan Ustaz Khalid. Hari pertama datang kelas, segan juga sebab ramai makcik-makcik yang dah berpencen. Saya dan seorang kawan baya umur anak mereka agaknya. Kelas sudah membincangkan surah at-taubah. Kira masuk, terus dengar pasal tafsir surah at-taubah.

Hari ini, ponteng job di Jalan Tun Ismail. Semalam sudah maklumkan dengan penyelia. Nak datang kerja selepas kelas, kepala pun agak kurang selesa. Semacam je rasanya...mungkin berfikir hal-hal kecil di sana-sini yang melibatkan hubungan sesama makhluk. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Kepala pun agak berat.

Alhamdulillah.. dapat juga memberi fokus kepada Ustaz yang mengajar. Topik hari ini dari surah at-Taubah: 75. Fokus tentang sedekah. In sha Allah akan dikongsikan dalam entri yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah