Ramadhan kembali lagi...

Hari ini hari ketiga menunaikan ibadah Ramadhan untuk tahun ini.

Tahun ini, tiada ucapan Selamat menyambut Ramadhan yang dihantar kepada sahabat taulan dan bekas pensyarah. Tiada juga menerima ucapan Salam Ramadhan, hanya seorang sahaja menghantar pesanan sms ucapan Salam Ramadhan.

Tidak berkecil hati, tidak juga terkilan. Semuanya kerana masa yang diluangkan di tempat kerja melebihi dari masa untuk diri sendiri.

Semoga Allah memberi kelapangan masa dan kesihatan yang baik untuk kita menunaikan ibadah di bulan ini. Harapan saya yang paling tinggi agar Allah makbulkan permohonan hambanya yang kerdil hina-dina ini. Semoga Ramadhan ini hajat yang dipohon sekian lama diperkenankanNya.... Amin...
Mohon petunjukMu agar diberi jalan terbaik untuk kami menelusuri hidup di bumiMu.

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah