Percaya atau tidak... buka persepsi kita

Apabila ada yang mencebik dengan hasrat teman yang belum tertunai... tak mengapalah kawan... hasrat itu pasti akan jadi nyata. Hanya yang berlapang minda mahu memahami. Halangannya ialah RM. 

Apa-apa pun kita berserah kepada Allah. Tiada apa yang perlu dihairankan... suatu masa dahulu juga, ada yang tak percaya budak perempuan kecil ini bisa meraih semua A dalam PPDL. Kemudian, masih ada yang tidak percaya apabila gadis kecil ini memperolehi 6A dengan agregat 7 dalam SRP. Seterusnya, masih ada yang tidak menyangka, wanita muda ini berada di USM untuk menuntut ilmu di peringkat ijazah - sangka mereka, hanya bekerja sebagai pentadbir bawahan. Tamat pengajian, apabila berjawatan eksekutif dan wakil organisasi di negeri kelahiran sendiri, ada yang fikir, teman memperolehi jawatan kerana ada kenalan/kroni.

Hari ini, ada yang percaya dan yakin dengan kebolehan teman dan ada yang tidak... yang agak mengecewakan apabila rakan-rakan yang telah lama mengenali kelihatan kurang yakin dengan pencapaian teman ni... 

Apa-apa sahajalah... teman hargai kenalan yang mempercayai kebolehan dan ilmu teman. Kepada rakan lama yang masih berfikiran dan berpandangan yang teman masih di takuk lama seperti gadis naif 17 tahun - terima kasih... teman pun tak perlu pengiktirafan dari kalian.


Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah