Sahabat Sepanjang Zaman

Antara perkara yang menggembirakan teman dalam menjalani hidup seharian ini ialah menerima panggilan dan sebuah sms dari sahabat-sahabat yang menyenangkan hati kita.

Ramai di kalangan kawan yang merungut di belakang kerana keengganan teman mengaktifkan whatsup dan aplikasi perhubungan lain. Teman ada alasan teman yang tersendiri dan tidak perlulah di heboh hebahkan ke seantero dunia.

Beberapa sahabat yang masih sudi berhubung dengan teman dengan kemudahan yang teman ada - teman ucapkan terima kasih tidak terhingga. Sahabat yang jauh di benua Eropah, dan sahabat lama kami di Selangor yang walaupun mempunyai kehidupan mewah, masih sudi bertanya khabar. Dan hari ini menerima sms dari seorang sahabat yang agak baru dikenali dan menjadi rapat kerana kesudian beliau membantu dengan kepakaran yang beliau miliki.

Terima kasih kepada kalian. Semoga ikatan persahabatan berpanjangan dan persahabatan ini sepanjang zaman.

Terima kasih kepadaMu ya Allah dengan anugerah mereka sebagai sahabatku...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah