Apam Kepala Batas


Nampak macam biasa je... di KL pun ada.. 

Yang luar biasa, rasanya marvelous... tak macam di KL atau tempat lain yang pernah teman rasa.

Apam di pasar malam Kepala Batas dan Bertam rasanya lebih padat, gebu dan lembut. Apabila dimakan, terasa mengunyah dan ada rasa mengenyangkan. Nyior yang bercampur garam, terasa kesegarannya. Nyior parut baru, tak simpan dalam peti ais.

Apam KL? Rasa cair dalam mulut, tak kenyang..

Harga? Murah... 4 ketul comel ni RM1 sahaja. 

Yang paling best, ia dijual panas-panas di pasar malam. Apam dipanaskan di atas para buluh yang unik. Satu yang unik. Tidak pernah lihat di mana-mana pasar malam KL atau Perak yang pernah teman kunjungi. 

Cara jualan, rasa yang enak dan harga sangat berpatutan... harapnya peniaga di sana dapat mengekalkan presentation yang nampak ringkas tapi menarik. Yang biasa untuk anda tetapi menarik untuk pengunjung luar seperti kami.



Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang