Cerita Lima Kupang
Apabila Celcom center mula caj RM0.50 untuk setiap panggilan kepada call center, ada problem pun rasa malas nak call...
Bukan suka-suka nak call customer service, kita call bersebab.
Sejak pulang ke KL, susah benar nak connect internet menggunakan usb modem. Di Kepala Batas, kawasan perumahan yang masih belum siap mungkin menjadi punca servis internet yang teruk. Bukan Celcom sahaja, semua service provider juga begitu. Tetapi tidak menjadi masalah besar sebab boleh menggunkan wi-fi tanpa had di pejabat.
Beberapa hari lepas teman terpaksa call Celcom center dan tentu sahaja dicaj RM0.50. Masalah selesai sebentar sahaja.
Hari ini terpaksa walk-in ke Celcom di Jalan Ampang. Penjelasan CSR, sebenarnya line teman di bar sebab ada 2 bulan outstanding.
Itu sahaja. Kenapa RM0.50 dibazirkan tanpa penjelasan, penyelesaian yang mudah?
Mungkin sudah tiba masanya bertukar ke service provider lain... U wait!
Comments