GST sana sini

Sana sini orang cakap pasal GST.
Sana sini orang merungut pasal GST.
Sana sini orang bertanya pasal GST.
Sana sini orang cakap pasal nasihat/cadangan menteri yang umpama melepaskan batuk di tangga.
Sana sini orang cakap pasal harga barang sebelum dan selepas GST.
Sana sini orang yang bercakap, merungut, melepaskan geram adalah termasuk para blogger. Para blogger Go up and Share their opinion, express feelings via blog masing-masing.
Bertandang ke blog bloggers lain, ada yang tidak pernah teman singgah, kali ini teman melawat... itulah penangan GST kepada bloggers waima blogger suam2 kuku dan sejuk seperti teman nih...

Semoga peralihan kepada kesempurnaan hidup bersederhana diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat, tanpa mengira pangkat, taraf kehidupan dan lain-lain yang bersifat duniawi.

***Perkataan 'sederhana' juga perlu didefinisi secara sederhana. Makan2 di hotel 5 bintang didowngrade ke makan2 di hotel 3 bintang; bagi teman belum menepati istilah sederhana. Makan untuk tenaga beribadah di bumi pinjamanNya.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang