Masuk tiket lain?

Tiket bas dalam bandar; naik bas, bayar dan duduk. Sampai destinasi, tekan loceng. Turun.

Tiket bas ekspres balik kampung; beli tiket di Hentian Duta, tunggu di platform yang betul, naik bas. Sampai destinasi, turun.

Tiket LRT... opps...LRT pakai token; beli di mesin token dengan memilih destinasi pilihan. Imbas token di pintu masuk. Sampai destinasi, masuk token dalam lubang mesin.

Tiket KTM; beli di kaunter, tunggu, naik tren. Turun selepas tiba di destinasi.

Tiket AirAsia; beli online dan print, atau beli di kaunter. Naik AirAsia. Sampai destinasi, turun.

Tiket wayang; pilih movie yang nak tonton. Beratur beli tiket, bayar dan masuk panggung.

Tiket oh tiket... dapatkan tiket, dapatlah apa yang dihajat...
TAPI...
dapatkan tiket, dapat pula apa yang tidak dihajat... SUKA KE?

Nak tunggu tiket itu juga ke? Atau masuk tiket lain?



Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah