Jalan-jalan ke Navy Port Lumut

 Dah lama tidak mengikut rombongan warga Taichi. Kali ini, program lawatan ke Pangkalan TLDM Lumut sempat saya ikut bersama.Itu pun sebab balik hari. 

Program pada 25 April itu juga bersempena dengan Sambutan Hari TLDM ke 81.  

Kami bertolak 6 pagi dari Dato Keramat dan tiba di Navy base jam 10.30 am. Just nak share beberapa foto.

Warga Taichi lain ada di belakang. Foto gambar beramai-ramai tidak menarik. Foto bersama kak Rohaya, owner Hair Salon Muslimah di Keramat Permai. 
Ini view dari atas kapal KD Mutiara. Di belakang tu ada banyak kapal layar. 
Yang di sebelah kiri sekali ialah bot Navy. Pengunjung boleh menaikinya tapi teman tidak berpeluang merasa menaiki botnya. Masa suntuk. 12.30 tengahari berkumpul semula untuk bergerak ke destinasi seterusnya. In sha Allah, lain kali ada peluang lagi.  
Atas KDTun Pusmah.
Info tentang kapal, boleh dapat di sini 
http://www.navy.mil.my/pusmastldm/index.php/penubuhan-unit/armada-tldm/skuadron-korvet-ke-24/kd-laksamana-tan-pusmah 
Bye-bye Navy base..tak puas melawat, sempat naik dua kapal sahaja... :( ..  tapi makcik-makcik taichi cakap, "Penat! Lenguh dah. Dia boleh cakap tak puas.."

Err, tahun depan pergi dengan orang-orang seangkatan mungkin sesuai nak berlama-lama panjat kapal... 

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah