Semua aturanNya...

Hari ini  sepatutnya menjadi hari yang agak suram untuk teman... left WhatsApp group sekolah, tinggal seorang diri di rumah... 3 housemate balik kampung. Yang seorang lagi bekerja.

Pagi-pagi lagi sudah bersiap keluar untuk menghantar kain dibuat baju kurung raya. Dua pasang. Sepasang dibeli sendiri. Sepasang lagi, hadiah semasa mengunjungi booth Bumiputra Retailers Organization di KLCC beberapa minggu lalu. Tak sangka pula dapat hadiah dari Jakel. Seronok berbincang dengan tailor baru di Kampung Baru, bagaimana cutting yang teman berkenan.

Seusai urusan, ada jemputan tahlil dari salah seorang ahli tai chi, makcik Siti yang baru 3 bulan kehilangan suami. Rumah kami pun tak berapa jauh. Dalam perjalanan balik, singgah di rumah beliau. Berjumpa pula beberapa ahli tai chi yang agak rapat dengan teman.

Mereka mengajak teman ke lagi satu kenduri aqiqah di hulu kelang pula. Malas teman nak pergi...tak berapa biasa dengan ahli tai chi yang baru. Maklumlah...dah banyak ponteng tai chi..

Di parking, kakak2 tai chi masih mengajak. Akhirnya teman mengalah...ikut lah mereka dari belakang, ditemani seorang kakak yang berjiran dengan teman.

Memandangkan di kenduri pertama dah kekenyangan makan, lauk kari kambing dan kerabu perut yang sangat awesome...maka di kenduri ni makan sate 3 cucuk dan pulut kuning sesudu bersama teh tarik. Sebelum pulang, ada pula door gift dari tuan rumah...amboi...dapat shawl cantik seorang satu...

Pukul 2.30 petang tiba di rumah dengan happy. Thank you Allah dengan aturanMu...

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah