Thursday, November 3, 2016

Berebut port

Perebutan yang tidak diketahui oleh pihak satu lagi...

Bila?..... Semalam.

Di mana?....Perpustakaan Negara, Tingkat dirahsiakan (dah namanya port, of course lah tak nak orang kacau)

Waktu?....10 am

Perincian kejadian:

Macam biasa, cik kak ni menuju ke tempat favorite dia. Maklum ajelah, bukan senang nak dapatkan kerusi dan meja yang sangat sesuai dengan ketinggian dia.... he he

Tetiba, dah ada orang duduk. Lelaki tak berambut.

Menyampah kakak... dia tak nampak pun apabila kakak lalu lalang 2-3 kali.

Tak apalah tempat public, bukannya bayar sewa....after lunch nanti, cabut lah tu...begitulah kebiasaannya. Kakak specky ni lah yang selalu duduk, kekadang sampai kena 'halau' balik (dah library nak tutup, tak reti2 nak balik)

Alkisahnya, kakak ni lepas jogging di Taman, terus mandi di taman (kat Tandas Awam taman ada fasiliti mandi. 5 kupang je, mandi sampe kecut jari pun takpe). Seusai mandi, bergerak ke library. Pintu pagar depan masih belum dibuka, bermakna kakak tiba sebelum jam 10a.m. Awal lagi... cik kak pun tinggalkan barang2 di dalam kereta lalu menuju ke kafe Bernama.

Kafe Bernama di tingkat 2. Ada surau juga di situ. Tumpang solat Dhuha di sana. Selesai. Menuju ke kafe, mihun nampak okay, order teh O panas. Tu dia...gelas teh O harga seringgit besaq no... sedap plak tu... sayang kalau cik kak tak habiskan... elok panas membara, tak macam kantin library yang minah seberang bancuh, suka tambah air sampai jadi suam, takpun ditariknya, walaupun tak suruh tarik.

Puas hati makan dan minum di kafe Bernama. Nampak juga reporter Awani tapi tak ingat nama. Maklum ajelah tengok Awani kat Astro bila balik kampung saja.

Balik ke parking, ambil barang2. Nampaklah seorang lelaki tak berambut di dalam kereta yang masih dihidupkan enjinnya. Ingatkan member UniKL. Tak..

Terus menuju tingkat XX (rahsia, kan...) lah... sakit perut plak.. toilet menyeruku... terniat nak hantar barang di port favorite tapi dibatalkan.

Lama agaknya 'bertapa'. Masuk ke library. Oh! Tidak! Si botak itu telah mengambil port rutin ku!!!

Grr... after lunch pun dia masih di situ. Pasrah je lah...takde rezki hari tu... duduk bangku lain yang tiada view TH Selborn and buildings behind it. Rasa panas, hati panas atau library panas? Balik ajelah....pukul 4pm lebih sudah bergerak balik....

Esok cerita lain.

No comments: