Posts

Showing posts from April, 2018

Motivasi Tok Rose

Petang-petang ni, teringat arwah Tok Rose. Cerita si pemanjat pokok kelapa (orang Perak sebut, poko nyior). Katanya, kalau nak panjat pokok nyior, kena panjat satu per satu. Takkan dapat memanjat kalau kaki kiri di sebatang pokok, kaki kanan pula di satu pokok lagi. Maksudnya? Nak buat kerja tu biar satu persatu. "Be focus!", kata omputeh. In sha Allah, Tok. Kakak akan cuba sedaya upaya untuk fokus pada kerja yang kakak buat sekarang. semoga Allah merahmati Tok dan semua nenek moyang di kedua-dua belah mak dan abah. Al-fatihah untuk Mohd Rose bin Satariah, Hatijah binti Abdullah Sani, Alang Wahab bin Kulop Abu Bakar dan isteri (lupa pulok nama mak Abah) dan moyang-moyangku.

Kawan mengaji ke Star Hill

Hujan lebat di luar. Bunyi guruh bersilih ganti. Teman di kampus. Tingkat 9. Kabur sahaja pemandangan dek kerana hujan yang lebat. Sejuk mula terasa. Sweater dicapai dan dikenakan. Apa yang hendak diceritakan ini? Kisah semalam. Sekarang teman mengaji al-Quran, bermula dengan iqra' atau masa dedulu, masa kecik-kecik dipanggil ngaji ja'me (bermula alif ba ta dan naik satu persatu). Cuma masa ngaji ja'me, kami mengeja setiap huruf, alif baris atas - aa, alif baris bawah - ee, lebih kurang begitu lah... Seusai pengajian yang berlangsung sejam, teman dan 2 orang kakak yang dikenali di kelas mengaji bersarapan seperti biasa di mall kegemaran kami. Makanan di mall tak lah terlalu sedap, tidak juga sebaliknya, tetapi suasana di Aeon Quill City Mall, dengan layanan mesra staff mereka serta kebersihan yang memuaskan memberi keselesaan kepada kami. Sebelum itu, telah teman maklumkan yang teman hendak ke Low Yatt, nak install antivirus yang dah lebih seratus hari tak ada ...

Selamat Tinggal...

Selamat tinggal.. Selamat lah Teman sudah tidak lagi menyertai kumpulan Taichi yang semakin hari semakin mem'bawang'. Perpindahan ke BB Sentul melambatkan perjalanan untuk sampai ke taman rekreasi tempat kami sering berkumpul. Pemergian Sifu Taichi, Haji Yusuf memberi impak buat teman. Allahyarham pernah memberi tutorial taichi secara personal kepada teman, malahan, video taichi juga pernah dipinjamkan kepada teman. Terima kasih yang tak terhingga kepada arwah. Semoga roh dirahmatiNya dan semoga ilmu yang dicurahkan diberi pahala. Kenapa teman meninggalkan kumpulan taichi? Ya, sebab jarak tempat tingal yang semakin jauh. Bukan itu sahaja, rupa-rupanya, di belakang, teman dijadikan bahan mem'bawang' seperti yang disampaikan oleh seorang kakak yang penduduk tempatan. Tak mengapa lah...saya hanya orang 'luar'... sebab lain? ujian yang Allah beri menguji nilai persahabatan. Di dalam group whatsapp, teman maklumkan yang bateri kereta dicuri orang. Hanya seo...

habuk, sawang, semak...nak cuci

Memang dah terlampau berhabuk lah blog ini sejak tuannya tak sempat berblogging. Tapi blogwalking sempat pula... Pagi ni, di dalam bas GoKL, hati terasa sayu... terasa tiada tempat nak mengadu. Sorang diri, macam ni lah.. Terus lajak ke KL Sentral membeli tiket ETS pulang malam ni. Sekarang berada di kampus, menyemak urusan kewangan. Alhamdulillah berita gembira, semuanya dalam proses. Dah tu, apa pula yang menyedihkan? Banyak perkara yang berlaku... pemergian Satria 472 masih dikenang...kejadian yang di luar dugaan. Sebelum itu, kejadian ketua rumah unit apartmen yang disewa, umpama menghalau sebelum tempoh berpindah rumah tamat. Sebelum itu pula perpisahan dengan si dia telah di'confirm'kan. Sebelum itu lagi, topik thesis dilarikan orang. Sebelum itu lagi, pindah keluar dari Setiawangsa. Sebelum, sebelum, dan sebelum...banyaknya...ya, banyak. Sebab dah lama tak meluah rasa, melepaskan perasaan. Hanya Allah yang tahu perasaan hati ini. Setiap coretan, untuk mele...