Kawan mengaji ke Star Hill
Hujan lebat di luar. Bunyi guruh bersilih ganti.
Teman di kampus. Tingkat 9. Kabur sahaja pemandangan dek kerana hujan yang lebat.
Sejuk mula terasa. Sweater dicapai dan dikenakan.
Apa yang hendak diceritakan ini?
Kisah semalam. Sekarang teman mengaji al-Quran, bermula dengan iqra' atau masa dedulu, masa kecik-kecik dipanggil ngaji ja'me (bermula alif ba ta dan naik satu persatu). Cuma masa ngaji ja'me, kami mengeja setiap huruf, alif baris atas - aa, alif baris bawah - ee, lebih kurang begitu lah...
Seusai pengajian yang berlangsung sejam, teman dan 2 orang kakak yang dikenali di kelas mengaji bersarapan seperti biasa di mall kegemaran kami. Makanan di mall tak lah terlalu sedap, tidak juga sebaliknya, tetapi suasana di Aeon Quill City Mall, dengan layanan mesra staff mereka serta kebersihan yang memuaskan memberi keselesaan kepada kami.
Sebelum itu, telah teman maklumkan yang teman hendak ke Low Yatt, nak install antivirus yang dah lebih seratus hari tak ada protection. Itu pun setelah rakan sepengajian yang advice. Dia yang memberitahu, hanya RM30-40 sahaja. Kalau begitu harganya, okay sahaja teman ke sana.
Diajak kakak berdua ini, buat peneman, barulah terasa selamat dari harga-harga cekik darah...hehe... berminat juga mereka mengikut teman.
Makanya, kawan mengaji dah jadi kawan ke Bukit Bintang le pulok....hahaha... tapi kami tak ada lah ke mana-mana. Hanya masuk ke Sungai Wang Plaza untuk laluan shortcut yang tidak panas, kemudian terus ke Low Yatt.
Alhamdulillah, dengan ada semangat kakak-kakak ni, dari RM60 yang diletakkan, teman tawar ke nilai RM40 seperti nilai yang dimaklumkan oleh rakan teman tempoh hari.
Alhamdulillah, ditemukan dengan kawan-kawan yang sudi membantu. Segalanya dipermudahkan. dan semoga Allah mempermudahkan juga urusan mereka yang membantu - Kak Aziyah yang akan menunaikan umrah Khamis ini, kak Siti yang menunggu hari-hari akhir persaraan guru, Shamis yang memberi nasihat dan cadangan.

Comments