4 series

Apabila usia menjejak 4 series... perbezaan dirasa...

Pergerakan tidak selincah dulu.

Makan perlu lebih berhati-hati.

Buat kerja perlu dirancang dan jangan 'over-ambitious'.

Percakapan perlu lebih berhati-hati.

SEBAB...

Urat dan anggota tubuh dah dipakai lama, jantung dah lama berdenyut.

Buah pinggang, perut, usus, dah lama bekerja. Perlu bertoleransi dengan mereka.

Disebabkan semua sudah bertambah usia, pergerakan semakin perlahan, nak buat kerja sekaligus kena fikir2kan. Perlu lebih matang dalam merancang.

Percakapan perlu lebih berhati-hati sesuai dengan usia yang semakin matang.

ALHAMDULILLAH

Semasa muda, pernah berjalan laju, pernah bekerja lincah, pernah buat kerja part-time, tak buang masa, gunakan untuk cari ilmu dan skil sebanyak yang boleh sehinggakan skil jahit-menjahit, sulam-menyulam, masak memasak dipelajari.

Kesilapan dalam berkata-kata diperbaiki dari masa ke semasa berdasarkan pengalaman sendiri dan pemerhatian dengan orang sekeliling.

Semoga Allah berikan ganjaran yang setimpal dengan usahaku selama ini dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat terus memberi sumbangan kepada ibubapa dan masyarakat.

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Rooibos: my favourite tea