Posts

Showing posts from May, 2009

GANTI NAMA

Dipetik dari http://tatabahasabm.tripod.com/tata/gantinama.htm Perkataan Ganti Nama ialah perkataan yang menggantikan perkataan NAMA. Perkataan Gantinama ini dibahagikan kepada lima bahagian iaitu Gantinama Diri, Gantinama Umum, Gantinama Pertanyaan, Gantinama Petunjuk dan Gantinama Sendi. Kata ganti diri ialah kata yang digunakan untuk menggantikan kata nama orang. Kata ganti diri terdiri daripada: (a)kata ganti diri (pertama, kedua, dan ketiga); (b)kata ganti diri singkat; (c)kata ganti tanya; (d)kata ganti tempat; (e)kata ganti tak tentu. Gantinama Diri Kata Ganti Diri Pertama 1. Kata ganti diri pertama ialah kata yang digunakan untuk menggantikan diri orang yang bercakap. 2. Kata ganti diri pertama terbahagi dua, iaitu yang berbentuk tunggal dan yang berbentuk jamak. Kata ganti nama diri pertama berbentuk tunggal ialah aku, saya, patik, hamba. Kata ganti nama diri pertama berbentuk jamak ialah kami, kita. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~...

Tugasan hujung minggu

Teman sedang bergelut menyiapkan transkrip bagi projek terbaru teman . Kali ini teman diberi 3 assignment secara berperingkat-peringkat. Projek kali ini di bawah penyeliaan saudara Hakim. So, selepas lama tidak bekerjasama dengan beliau, teman diberi projek komersial. "Berapa minit?" "2 1/2 jam". Aduh! sakit lah teman ... Teman collect material pada hari Khamis. Dateline, sebelum hari ketiga. Kononnya hendak siapkan secepat mungkin, kalau boleh hari Ahad sudah dihantar via emel kepada Caroline. Masak!!.. video tiada kualiti, but okay sebab ada rakaman MP3 tapi apahal kali ini kamera fokus kepada moderator? semua responden membelakangkan kamera.. jenuh teman hendak tahu responden mana yang bercakap.. Malam tadi (Sabtu) teman tido awal, sebelum pukul 9.00 pm. Bangun pukul 12.30 am. Solat. Terus menghadap laptop. Lapar, makan roti, dahaga, bancuh horlicks. Ada masa mengantuk juga, teman basuh kain, mandi. Azan Subuh sudah kedengaran, solat dulu... sambung lagi, m...

Selamat datang ke Blok Teman

“ Kak, blog akak salah. Ejaannya salah. Cepat betulkan. Nanti diketawakan orang” “ Ha?!” “ Kak eja dengan huruf ‘k’ bukan ‘g’, sepatutnya blog” “ Oh!.. memang ejaannya begitu… ” “ Oh!..” Nampaknya title blog teman ni boleh disalahertikan, lalu teman semak di Kamus dwibahasa: 1. blok = block; group of parties or countries who combine for a purpose. 2. blok = block; compact mass of buildings; large building divided into flats or offices; large quantity treated as a unit; pad of paper for drawing or writing on. pemilihan istilah ‘Blok’ menepati kehendak teman Kenapa ‘Teman’? Kerana untuk semua teman lama, teman kini, teman baru, dan bakal menjadi teman; berkongsi kisah, ilmu dan pengalaman. Setiap orang punya pengalaman dan pandangan yang tersendiri. Pengalaman dan pandangan teman-teman boleh menjadi panduan, iktibar dan pengajaran bersama. Bak kata salah seorang bekas pensyarah teman dahulu “ belajar dari pengalaman orang lain dapat mengurangkan risiko kita melakukan kesilapan dalam se...