alkisah ptg Isnin: seorang wanita = pekerja = warga kota

niat di hati hendak pulang awal ke rumah, gas masak di rumah sudah habis. 10 minit sebelum pukul 6 saya telah punch pulang. laju ajer satria berada di Jalan Tun Razak, tak sangka pula jalan sesak teramat sangat di depan Menara Celcom. sengaja pilih jalan di bukit keramat untuk elak jammed berhadapan stesen lrt damai sehingga ke pasar Dato Keramat.. oh! tidak, tidak, sama sahaja.. 6.45 pm; saya masih belum melepasi pasar dato keramat. rancangan saya untuk solat 'Asar di rumah dibatalkan. terus belok ke perkarangan Masjid Dato Keramat. selepas solat 'Asar, jam menunjukkan 7.05pm, perut minta diisi. makan malam di kedai makan berhampiran sementara menunggu Maghrib tiba.

selepas Maghrib, ada pula pengajian. mula2 saya sudah hendak beredar, tetapi menarik pula intro yang didengar. tentang keimanan, sebab tidak tahu ada pengajian, tanpa pen & kertas, inilah yang mampu dikutip & dikongsi; pangkal keimanan

pertama: di hati
kedua: di mulut - apabila berkata benar
ketiga: di kaki - kaki berjalan menuju untuk solat berjemaah
keempat: di tangan - apabila seseorang menghulurkan sedekah/bantuan
kelima: di mata
keenam: di perut - makan yang halal dan tidak syubhat (tlg betulkan jika tidak betul)
ketujuh: jiwa raga

ustaz memberikan pecahan dan penerangan untuk setiap di atas

tidak perasan pula bilalah mula terlelap, sedar2 ustaz bercakap pasal kematian. antara yang saya dengar dan ingat, sakitnya semasa nyawa dicabut seperti [berapa ribu] kali ditetak dengan pedang (tak ingatlah, pdhal byk kali ulanghafal, tp itulah ulang masa tengah ngantuk). ketika nabi Isa a.s menghidupkan Sam, anak nabi Nuh; ditanya oleh nabi Isa, sakitnya ketika maut, jawabnya, "aku telah mati 4000 tahun yang dulu tetapi sakitnya masih dirasa"

pastu 'Isya berjemaah dan pukul 9 pm beransur balik.. jalan sudah tidak sesak, 7 minit dah
sampai rumah...

*kepada mana-mana ustaz2/ustazah yg nak tlg betulkan, lengkapkan ilmu yang tidak berjaya di 'pickup' sebab terlelap tadi... amatlah dialu2kan dan didahului terima kasih...

Comments

Saidah said…
kat Keramat nie, kalo dah jalan jam tuh pasrah je lah yer.. takde maknanya nak cari jln alternative lak.. sama je hasilnye hehe.. tapi takpela, usaha tangga kejayaan!!
anna said…
he he dah bertahun makcik tinggal di keramat tapi saja, konon nak cari kelainan tapi sama aje..
Unknown said…
betul betul betul (bak kata upin ipin).... dah nama KL... celah mana nya yang x jammed... semua jammed... hahahaa

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang