senario pusat servis

csr 1: ya, encik, boleh saya bantu?

cust: I ada hal nak bertanya

csr 1: hal apa encik?

cust: pasal internet ni

csr 1: oh! kalau hal sedemikian, encik perlu ke kaunter internet. encik sudah ambil nombor giliran di kaunter pertanyaan?

cust: sudah, lambat sangatlah hendak tunggu

csr 1: hari ini ramai pelanggan. encik tunggu sebentar

cust: I tiada masa ni, lagipun yang berada di kaunter kerani sahaja. I manager, kenalah bercakap dengan manager. mana manager you? I nak jumpa

csr 1: sebentar encik, saya ke belakang

csr 1 masuk ke dalam mendapatkan pengurus

cust berlegar-legar melihat jam di tangan

cust: eh! apasal kawan awak lama sangat ni? penat lah I tunggu

csr 2: sebentar encik

csr 1 keluar

csr 1: maaf encik, manager kami sedang bermesyuarat. encik boleh tunggu giliran di kaunter?

cust: eh! kenapa pula I nak tunggu? I ni taraf manager lah! ah! sudah lah

cust berlalu keluar

csr 1: apahal customer ni?

csr 2: nak cepat agaknya. ada teksi di luar, menunggunya

csr 1: oh! ye ke? apasal dia tak minta manager company teksi drive untuk dia?

csr 2 senyum

Dari syair Zun-Nun al-Misri:

Wahai orang sombong keterlaluan
Kita adalah selonggok tanah
Kehidupan ini hanyalah permainan
Setiap langkah menuju pada kematian

Comments

Saidah said…
hmm takleh nak kata apa la.. maybe dia rasa dah hebat sgt kot.. tu baru manager, kalo taraf ceo.. ceo jgk la kena attend kot..
anna said…
entah la... on the way drive balik ke rmh tadi, terdengar di radio tentang jumlah pesakit mental yang bertambah di Malaysia...

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah