Kenapa keretapi?
Soalan ini sering diajukan kepada teman setiap kali teman memilih keretapi untuk perjalanan jauh. Teman selesa pulang ke kampung menaiki keretapi, walaupun terpaksa membeli/menempah tiket lebih awal. Kenapa? Teman memilih keretapi kerana
• Kalau bertolak dari KL Sentral ke Kuala Kangsar atau Ipoh, teman tidak perlu melalui suasana hirukpikuk kenderaan di jalan raya, wajah teman tidak dihinggapi habuk jalan, hidung teman tidak perlu menghidu asap kenderaan yang menyesakkan. Dari rumah teman di Setiawangsa, teman menaiki lrt, terus sahaja ke KL Sentral.
• Teman berasa lebih selamat. Jarang dengar keretapi kemalangan tetapi sering membaca kemalangan di jalan raya
• Lebih selamat berbanding dengan berada di hentian puduraya. Teman pernah didatangi lelaki meminta wang untuk membeli tiket, katanya. Di hadapan Menara Maybank, pernah teman disapa seorang lelaki yang mahu meminjam handphone teman. Teman jawab aje ‘handphone saya sudah habis bateri’. Selama teman menggunakan perkhidmatan keretapi, belum pernah teman alami hal sebegitu
• Yang lebih best, tiada masalah jalan sesak. Landasan hanya untuk keretapi sahaja
• Keretapi juga lebih selesa. Kita boleh makan, minum, tidur. Di dalam bas, ada larangan makan; jika kita makan, makanan kita akan berbau satu bas dan menganggu ketenteraman penumpang lain. Bagi yang berkeluarga dan ada anak kecil - di dalam keretapi lebih mudah menyalin lampin, memberi anak makan, ada pula tandas disediakan. Sambil itu, jika menaiki keretapi siang, berpeluang melihat pemandangan indah sepanjang perjalanan

Tetapi teman memilih bas sebagai pengangkutan pulang ke kampung apabila tidak merancang perjalanan lebih awal. Teman boleh ke puduraya dan terus pergi ke mana-mana kaunter mendapatkan tiket bas ke Kuala atau Ipoh atau Taiping. Teman tidak akan mengambil risiko ke stesen keretapi dan terus mendapatkan tiket sebab kaunter keretapi untuk keretapi antara bandar hanya dari satu organisasi sahaja – KTMB.
Untuk mendapatkan pengangkutan awam dari stesen keretapi selain KL Sentral, bukannya mudah. Apabila tiba di stesen lain seperti Ipoh, terpaksa berjalan kaki ke stesen bas atau mendapatkan teksi. Di Kuala Kangsar pula, lagi payah, terpaksa menunggu Abah datang mengambil.
Walau apapun jenis pengangkutan yang teman gunakan untuk pulang ke kampung, yang utama, teman selamat sampai menemui kedua orang tua teman…

Comments
kalo rasa nak cepat sampai, elok naik bas.. kalo nak beristirehat, best gak naik ketapi.. tapi kalo rosak tgh jalan tu, mesti tensen.. dah kena dulu.. ketapi stop 3 jam tengah hutan belantara...