alkisah: seorang guru senior

Kisah ini diceritakan oleh seorang kawan. Katanya, ia berlaku pada seorang guru senior di sekolahnya. Guru senior ini berkongsi pengalaman terbaru beliau bersama kawan saya.

Guru tersebut telah tamat perkhidmatannya dengan jawatan terakhir sebagai seorang Guru Besar di sebuah sekolah rendah. Walaupun telah bersara, guru berketurunan India ini masih berminat menabur jasa dan menyambung pengajaran secara kontrak sebagai guru biasa di sebuah SJK (Tamil) berhampiran rumahnya.


Kembali sebagai guru biasa, beliau mengajar di banyak kelas termasuk kelas pemulihan dimana murid-muridnya lembap dalam pembelajaran.

Satu hari, kesabarannya tercabar. Di kelas pemulihan, murid-murid tidak duduk diam dan kelas pula bising.

Guru tersebut berkata, "Saya minta kepada Tuhan supaya kamu semua menjadi bisu kerana tidak mahu senyap"

Kelas menjadi senyap secara tiba-tiba. Semua murid terdiam dan terkejut.

Walau bagaimanapun, ada suara yang berkata, " Cikgu pun mesti bisu dahulu"

Guru tersebut tidak menyangka ada murid yang berani membalas kata-katanya. Lalu beliau berkata, "Saya berterima kasih, jika saya bisu, saya tidak perlu bercakap dengan kamu lagi"

Kemudian kelas dapat berjalan seperti biasa dan di bawah kawalan.

Ketika ramai murid datang bertanya dengan guru, murid yang membalas kata-kata beliau sebentar tadi, bangun dan pergi ke arah meja untuk bertanya tentang pelajaran hari itu.

Dengan spontan, guru senior ini menunjukkan mulut beliau dan membuat isyarat bisu kepada murid berkenaan.

Moral of the story?

Comments

Saidah said…
moralnya jgn ckp or doa yg bukan2.. diri sendiri jugak yg rugi kang..
anna said…
ye, lagi satu,sebanyak mana pengalaman kita pun, cabarannya tetap berbeza
zumairi said…
kalau cikgu dah tutup mulut...padan la muka murid-murid...diorang la yg rugi ye tak

trma kasih bagi komen


salam ziarah

saya follow blog akak k

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah