Berkomunikasi @ Bercakap?
Apakah perbezaannya? semak di Kamus Dewan:
berkomunikasi= berhubungan (secara langsung atau dengan perantaraan surat, radio, telefon dll)
bercakap= berkata, berbicara, bertutur
Saya terpanggil untuk mengutarakan dua istilah ini setelah mendengar keluhan seorang kawan tentang agen khidmat pelanggannya yang melayani panggilan dari seorang warga Korea.
Menurut kawan saya, interaksi di antara kedua-duanya umpama percakapan ayam dan itik. Kedua-duanya menggunakan bahasa perantara tetapi ia umpama 'cakap ayam itik'. Di pihak sini (agen) tidak memahami, di pihak sana (pelanggan) kecewa kerana tidak memperolehi penjelasan yang diharapkan, sehingga menyebabkan pelanggan meletakkan gagang telefon.
Menurut kawan saya, yang mengecewakan: agen tidak bijak mempelbagaikan soalan. Semasa mendengar rakaman interaksi tersebut, agen masih menggunakan ayat dan istilah yang sama serta diulangi berkali-kali. Kepelbagaian ayat dan istilah perlu digunakan agar mesej yang hendak disampaikan berkesan. Sebagai contoh:

"May I know, who am I speaking to?"
ditukar kepada
"May I have your name, sir?"
atau
"Your name, sir?"
atau
"My name is Rozal, your name?"
atau
"Your name, sir?"
atau
"My name is Rozal, your name?"
Setelah mendengar rungutannya, komen saya kepada kawan, "agen you boleh bercakap tetapi tidak boleh berkomunikasi atau dia boleh berkomunikasi tetapi malas mempraktikkannya"
Comments