fakta diabetes
Anggaran daripada WHO mendapati bilangan penghidap diabetes di dunia meningkat 100% dalam masa hanya 8 tahun.
Tahun 1998 - 150 juta orang.
Tahun 2005 - 300 juta orang.
*Rujukan daripada Laman Web Kementerian Kesihatan Malaysia
Penyakit kencing manis atau diabetes merupakan salah satu penyakit yang semakin banyak dihidapi oleh masyarakat sekarang ekoran gaya hidup moden. Makanan segera, makanan siap dibeli di gerai atau restoran kadang-kala boleh menyumbang kepada penyakit berkaitan.
Di Malaysia saja, hampir 1.2 juta individu dikenal pasti menghidap tersebut dan menurut Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), diabetes boleh berlaku pada mana-mana kaum di negara ini. Diabetes jika tidak dikawal boleh menyebabkan beberapa komplikasi termasuk penyakit kardiovaskular atau jantung, kegagalan ginjal, kerosakan retina, saraf dan luka yang sukar disembuhkan.
Comments
testing
testing
ni pasai org kencing manis sbb ayahanda teman pun menerima padahnya... sampaikan inject sendiri. Nenda teman tak le plak kena diabetes. So conclusionnya makan kena berdisiplin...tak leh minum kedai mamak slalu nanti jadi macam Nyu weiii ( soli2 lari topik)