HOGAN SCHOOL


Sekolah Menengah Kebangsaan Clifford berasal dari sekolah Melayu yang didirikan dalam bulan Disember 1897.

Pada tahun tersebut muncul “Sekolah Inggeris Kerajaan” dan dikenali juga sebagai “Sekolah Hogan” sempena nama guru besarnya yang pertama, Encik James Percival Charles Hogan.

Pelajar sekolah ini bermula dengan jumlah daftar sebanyak 40 orang murid pada tahun awal penubuhannya, menjadi 494 orang pada tahun 1928.

Sehingga tahun 1905, sekolah ini mencatatkan rekod menjadi sekolah campuran yang pertama di Perak. Dari segi tenaga pengajar, bermula tahun 1905, sekolah ini hanya mempunyai seorang guru besar dan 4 orang guru bagi 158 orang murid. Pada tahun-tahun berikutnya, tenaga pengajarnya terdiri daripada bangsa Eropah, India, China dan Melayu. Hanya pada tahun 1924 sekolah ini mempunyai guru besar dari keturunan Arab iaitu Tuan Syed Shaidali.

di copy paste dr laman web smk clifford

Inilah sekolah allahyarham tok teman, beliau adalah antara 40 orang murid terawal sekolah ini. Seterusnya menjadi tempat anak-anak lelakinya menimba ilmu termasuklah abah teman.

Terima kasih kepada semua tenaga pengajar yang telah mendidik abah teman & menjadikan abah: the best father I ever had

Comments

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah