DI MANA NILAINYA….

Saya dikunjungi oleh seorang jiran yang menjemput saya menyertai satu skim pemasaran. Pulangan lumayan katanya. Apa yang diperlukan hanyalah salinan slip gaji untuk beliau menguruskan pinjaman bank bagi modal keahlian skim ini. Sebagai bekas penuntut pemasaran, saya jelas benar apakah definisi dan realiti pemasaran itu. Membiarkan sahaja lelaki ini bercerita, berkongsi pengalaman orang lain yang berjaya dengan pulangan berganda sehingga mampu memiliki kereta mewah dalam masa beberapa bulan. Sambil mendengar kisahnya, dapat juga saya menimba ilmu. Tiada apa yang merugikan, itu yang saya rasa....

Walau bagaimanapun, hati saya tiba2 menjadi tawar bercampur pahit. Tawar dan pahit umpama meminum setengah mug Nescafe yang dicampurkan 3 sudu besar serbuk Nescafe Classic yang tidak ditaruh gula langsung. Kenapa? Kerana salah satu ucapan beliau yang berbunyi begini: belajar tinggi-tinggi pun tidak jadi kaya. Apa guna belajar tinggi-tinggi. Ada yang penat2 belajar, dapat Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan; masuk sekolah, mengajar Sastera. Ramai yang join kami tapi masih bekerja dan mampu membeli rumah lebih dari satu dan berkereta mewah lagi.

Beberapa soalan yang ingin mulut saya ajukan tetapi tidak terkeluar kerana menghormati tetamu. Saya pun boleh menjangka bagaimana reaksinya yang akan menjawab dan bersifat defensif dengan melontarkan setiap bait ayat umpama satu mulut pemberian Tuhan tidak cukup mengeluarkan kata-kata...

Apa yang saya fikirkan dari kata-kata beliau?

1. Apakah belajar tinggi-tinggi yang akan menjanjikan kita kaya-raya dari segi material dan wang ringgit? Adakah kekayaan sebegini menjanjikan kebahagiaan sepanjang hayat? Kekayaan sebeginikah yang menjamin kesempurnaan hidup? Jika benar, kenapa Donald Trump sendiri menghadapi masalah rumahtangga? Bagaimana dengan kekayaan ilmu? Bagaimana dengan kekayaan pengalaman yang diperolehi? Bagaimana pula kekayaan budi bahasa, pekerti yang baik, berfikir sebelum bersuara dan mengelakkan menyinggung perasaan orang lain?

2. Lekeh sangat ke seorang pemegang Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan, dijadikan contoh tidak punya pekerjaan yang sesuai sehingga terpaksa menerjunkan diri ke bidang yang tiada kaitan dengan kelulusan yang diperolehi? Hari ini, pemilik Ijazah tersebut menjawat jawatan sedemikian. Masa akan datang? Dapatkah jiran saya ini menelah? Menjadi nujum yang hebat tentang masa depan guru sastera ini?

3. Menyentuh tentang subjek Sastera, saya kurang jelas maksud yang hendak disampaikan tetapi dari apa yang saya fahami, seolah-olah sesiapa yang belajar subjek ini dan mengajar subjek ini berada di kelas yang bawah, ketinggalan. Salah seorang penulis yang saya minati semasa bersekolah rendah ialah Adibah Amin. Siapa beliau? Ya, kita semua tahu, beliau seorang penulis yang cukup dikenali tetapi saya ingat, membaca biografinya. Seorang anak perempuan yang mendapat didikan sempurna sehingga melayakkan dirinya menjadi penuntut perubatan di sebuah universiti di Singapura. Disebabkan minatnya yang mendalam terhadap bidang penulisan dan sastera, beliau menukar kursus. Adibah Amin tidak memandang rendah kepada minatnya yang lebih cenderung kepada sastera dan penulisan sehingga hasil karyanya dikenali dan mendapat tempat di mata masyarakat.

Sebaik jiran saya pulang, saya nyatakan rasa tidak senang atas ungkapan-ungkapan tersebut kepada ayahanda tercinta. Kata abah, semasa kita berniaga MLM Newton, ada seorang perempuan yang baru memperolehi STPM dan telah menerima tawaran universiti. Dia berasa serba salah untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan perniagaan yang baru diceburi. Dia meminta pendapat abah, jawab abah; pergi sambung belajar, masih boleh berniaga di dalam kampus. Kata uplinenya pula; belajar dalam tempoh 3 tahun, habis belajar tak dapat apa-apa, hanya sehelai kertas. Kalau you berniaga betul2, 3 tahun you sudah boleh jadi orang kaya... terpengaruh dengan kata2 uplinenya, dia tidak menjejakkan kaki ke menara gading. Tidak sampai 3 tahun, syarikat jualan langsung ini gulung tikar. Setelah berpuluh tahun, abah terserempak dengannya. Katanya, ”Che Mat, kalu saya ikut cakap Che Mat dulu, sekurang-kurangnya saya sudah ada ijazah”

Saya merenung perjalanan hidup saya sendiri. Ada juga mulut yang berkata, ada ijazah Pengurusan tetapi tiada kerja yang sempurna. Biarlah apa orang nak kata....definisi sempurna itu mungkin berbeza bagi setiap orang. Sepanjang menjadi penuntut Pengurusan dengan pengkhususan Pemasaran, secara tidak langsung, saya dilatih berucap dan memberi keyakinan di khalayak. Ilmu berucap itulah yang saya gunakan sebagai penceramah jemputan. Ilmu berucap itulah yang pernah saya gunakan memberi motivasi sewaktu bertugas di NGO dahulu. Selain dari itu, semasa menuntut dahulu, saya dan kawan2 seringkali memperolehi pensyarah import yang tidak boleh bersyarah dalam bahasa ibunda. Kerapkali juga kawan2 mewakilkan saya untuk menghadiri kuliah bagi menyalin nota yang disampaikan. Kebiasaannya, saya akan terjemahkan terus kata-kata dan nota pensyarah di dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia. Tidak cukup dengan itu, buku-buku teks yang diimport dari US turut saya bantu terjemahkan kepada kawan-kawan. Selepas 10 tahun, saya yakin untuk menerima tugasan part-time sebagai Transcriber, sehingga menjadikan saya freelance dalam bidang ini. Apa yang saya alihbahasa dan siapa yang mengupah saya? Saya membantu syarikat penyelidikan pemasaran. Ilmu pemasaran tidak saya tinggalkan. Skil alihbahasa dan terjemahan yang tiada pengiktirafan pula dapat dimanfaatkan. Boleh buat duit ke? Saya tiada masalah ketawa dan senyum... he he

Akhir kata, bagi saya, ijazah bukan hanya sehelai kertas. Ilmu, skil & pengalaman menyusul bersama. Wang dan material pula saya perlukan tetapi kekayaan dan kemewahan kewangan bukan segala-galanya. Kemajuan diri dari aspek lain perlu seiring... ingatkan diri sendiri: jangan sampai jadi hamba wang

Comments

ijah said…
rambut sama hitam hati lain2,
itu pandangan seseorg ttg pelajaran, tetapi ingat ke lagi 4 perkara yg manusia x ketahui serta qada' dan qadar.
nak senang pun bukannya senang,
nak susah pun bukannya susah...
lu pikir la sendiri

p/s lama x dengo citer,
cnaz said…
hmm.. ayat kebanyakan orang MLM, macam tula.. memperlekehkan orang lain yang tak berkereta dan berumah besar dan banyak. lupa Allah yang menghias hati kita dengan bahagia. walau hati tu berada dalam tubuh kita, pemiliknya Allah, bahagianya bukan boleh diukur dengan harta dan kejayaan menggunung.
pipit manis said…
ada juga MLM people yang genuine & x perlekeh org lain... ada juga yang bekerja di ofis tp mulut xde insurans... yg penting, kerjasama! kerjasama menjaga keharmonian demi mengekalkan ikatan silaturrahim
anna said…
dear kekwn, thanks for your comments.. just expressing my feelings & thoughts.. sama-sama berkongsi kisah, pengalaman hidup serta ilmu bagi menjadi hambaNya yang lebih baik
Anonymous said…
benih yg baik- hanyut di laut, jadi pulau

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah