kenapa keretapi? (2)

Dari rumah, saya terus ke stesen keretapi KK untuk membeli tiket dari KLSentral ke KK/Ipoh. Saya merancang untuk ke KL dengan menaiki bas & ke KK pula menggunakan khidmat KTMB.
Seperti yang kita maklum, perjalanan dengan menaiki bas lebih cepat dan perjalanan dengan keretapi antara bandar pula lebih selesa.

Sebaik tiba di stesen keretapi, di kaunter tertera ' harap maaf, kaunter rosak'. Alamak ... camna ni?

saya bertanya dengan staf KTM " tidak boleh beli tiket lah?"
jawabnya "boleh, nak kemana?"
saya balas,"KL Sentral ke KK, (tarikh), seorang"
staf KTMB mengangkat gagang telefon.
saya tidak pasti ke mana dihubungi. Dia bertanya lagi, "kelas apa? kami ada kelas 2 & 3"
saya jawab, "kelas 3"
saya tambah, "nak tepi tingkap, no A atau D"
saya tidak pasti dia mendengar atau tidak
staf KTMB bercakap di telefon, "KL Sentral - KK, kelas ekonomi. kalau boleh nak tepi tingkap'
eh.. dengar rupa-rupanya... dia menulis dan memaklumkan kepada saya "RM14"
saya serahkan sekeping note merah dan 4 keping note biru.
saya diberi tiket bertulis 'tiket tambah tambang (tunai)', di bahagian keterangan tercatat 'komp rosak'

Urusan saya di kaunter stesen keretapi KK tidak sampai 5 minit. Selepas itu, saya & abah ke stesen bas KK untuk membeli tiket bas KK-KL. Hanya ada satu sahaja syarikat bas yang menawarkan perkhidmatan terus KK-KL. Tidak perlu singgah-menyinggah di Sungai Siput, Chemor, Tanjung Malim dan beberapa hentian lagi. Syarikat ini menggunakan servis PLUS untuk perjalanan yang lancar.

Ya, perjalanan yang lancar... walau bagaimanapun, urusan tempahan tiket saya pada petang itu tidak lancar!

Saya tiba di kaunter sekitar 3.45pm. Ada 3 orang pelanggan di hadapan saya. Di kaunter, ada seorang staf. Seorang lagi pula keluar masuk. Saya menunggu giliran, barisan tidak bergerak. Saya nampak di kaunter tertera nota " tutup, rehat sebentar'. Lama menunggu, barisan semakin panjang. Di belakang saya sudah ada 6 orang pelanggan, termasuk seorang wanita yang mendukung anak dan 2 lagi anaknya yang masih kecil berada di kiri dan kanannya.

Pelanggan di belakang saya, 2 orang pelajar SMT. Yang bersaiz XXL telah mendengus, yang bersaiz M pula, kelihatan mahu cepat. Helmet pun tidak ditanggalkan. Dah macam robocop pulak... pelanggan di hadapan nampaknya mahu cepat, meminta tiket dikeluarkan.

Staf perempuan tersebut mencatatkan sesuatu, setelah bertanya masa dan tarikh perjalanan dikehendaki. Bayaran dibuat. Staf tersebut memaklumkan tiket diambil esok (hari pelanggan tersebut akan bertolak). Pelanggan bertanya "takde apa-apa resit ke?". Jawab staf tersebut " tak payah, esok datang bagi nama, nanti kami bagi tiket". Wanita berusia lingkungan 60 an yang bersama pelanggan bertanya soalan yang sama. Jawapan yang sama diterima.

Pelanggan kedua pula meminta pembelian tiket ke KL. Jawapannya, "tiket tidak boleh keluar sekarang, bayar, kami ambil nama, nanti datang ambil tiket". Pelanggan tersebut memaklumkan waktu perjalanan yang dipilih. Staf itu memaklumkan "pukul 2 pm & 7 pm sahaja yang ada. Yang lain sudah penuh". Nampaknya, saya juga kena memilih 2 waktu tersebut - 2pm;tiba di Puduraya 5pm - 5.30pm tetapi sudah tentu lebih lambat kerana waktu tersebut jalan sesak. 7pm; sudah terlalu lewat, paling awal tiba di Setiawangsa ialah 11.30pm.

Saya masih tetap dalam barisan. Disebabkan giliran saya sudah hampir tiba, saya dapat melihat komputer di kaunter. Saya lihat komputer tidak bergerak. Masih display desktop. Beberapa kali staf yang seorang lagi klik open tetapi sistem tidak berfungsi. Cakaplah siang-siang - komputer bermasalah, sistem tergendala. Susah sangat ke hendak tulis dan tampal di kaunter? Kenapa ditampal dengan tulisan cakar ayam 'Rehat. Tutup sebentar'

Sebelum itu, saya pun tertanya-tanya; rehat, tutup sebentar tetapi ada staf ke hulu hilir dan rehat pada waktu bas akan berlepas?

Tiba giliran saya, staf perempuan itu memandang ke sebelah saya dan bertanya kepada pelajar robocop tadi, "adik nak ke mana?" Aik?! apasal tanya kat pelanggan yang berdiri di tepi saya? sedangkan saya betul-betul berdiri di depan kaunter berhadapan dia?

Sabar.... sabar....

Pelajar tadi menjawab " ke Butterworth, 1, esok". Urusan bayaran berlangsung. Cepat-cepat saya bertanya destinasi ke KL walaupun saya sudah tahu. Cara jawapan yang saya terima - bagi pandangan saya; tidak mesra. Saya beredar, sempat lagi menjeling jam di kaunter, 4.10pm.

Sebaik kembali ke kereta, saya merungut-rungut dengan abah tentang senario tadi. Jawapan abah, "macam itulah syarikat bumiputera.." Kereta meluncur semula ke stesen keretapi, pembelian tiket dari KK-KL berjalan lancar. Tidak perlu saya memaklumkan seat di tepi tingkap, sudah tertera no tempat duduk 6D.

Apakah perbezaan & persamaan layanan yang saya terima dari kedua-dua wakil syarikat pengangkutan ini? Saya tidak menerima ucapan "Selamat pagi" "Cik hendak tempah tiket ke mana?". Kedua-dua kaunter ini tidak mempraktikkannya. Saya tidak terima senyuman manis @ senyuman sumbing @ sengih-sengih kerang wangi/kerang busuk dari kedua-dua kaunter. Saya tidak sakit hati di kaunter KTMB tetapi saya tidak berpuas hati di kaunter bas.

Jika anda berada di situasi yang sama, anda pastinya faham perasaan saya. Saya tidak bercadang untuk membuat aduan di HQ syarikat bas ini, walaupun ia di Jalan Enggang, amat berdekatan dengan rumah saya. Kenapa? kerana housemate saya juga pernah menerima layanan yang lebih buruk dalam perjalanan KL-Penang sehingga menggerakkan jari-jemarinya menulis di akhbar utama. Saya dimaklumkan sehingga kini (sudah lebih 9 bulan) tiada sesiapa dari syarikat berkenaan menghubunginya untuk membuat siasatan aduan.

Comments

rozal said…
ape ke hei nye pase kete api je nie?????
Saidah said…
kikiki... kan saya dah ckp syarikat bas tuttt mmg hampeh... langsung takde apa2 tindakan walaupun complaint sy buat dah kuar dlm berita harian... ntah hape2 je dorg tuh...
DaliaLiyana said…
bestnyer nek ketapi...dalia naik lrt je...huhuhu...
anna said…
rozal, isu semasa di blok teman memang camtu.. tgh ni citer ketapi je.. go bollywood. ida, memang hampeh company bas tu.. dalia, try la travel by train lak...ada passenger ckp, rasa mcm dlm film hindustan plak..

Popular posts from this blog

untuk yeop yang benak benor

Loghat teman, siri 2

al fatihah