Secangkir kopi O, sebuah kisah

saya minum pagi bersama seorang sahabat. yang dipesan hanya secangkir kopi O dan seketul kuih. perbualannya; berkisar tentang hal semasa. tatkala perbualan baru bermula, kami terhenti. kami terdengar satu laungan dan nyanyian. La... orang mental rupanya...

teringatlah saya dengan pengalaman saya sendiri, sebilik dengan seorang perempuan yang bermasalah mental. ia berlaku 10 tahun yang dahulu, lama dah... kakak ni menyewa dengan kami. 20 drp 21 org penghuni rumah pada masa itu ialah student USM atau bekas student USM. saya termasuk dalam kategori kedua, bekerja sementara mendapatkan pekerjaan tetap. masa itu belum konvo lagi.

memandangkan penampilannya yang agak pelik, ada senior yang tinggal di tingkat bawah berbisik2 & ketawakannya. ada juga yang mengata sesama sendiri di hadapannya, bercakap dalam bahasa Inggeris. bagi saya & 3 lagi rakan sebilik, adakalanya kami mengingatkannya waktu solat yang sudah di penghujung waktu. waktu subuh; paling kerap kawan mengejutkannya. dia tidak bangun. apabila diingatkan solat maghrib & 'isya, dijawabnya tidak boleh sembahyang sebab rambut baru 'dibuat'.

kawan sebilik saya berbisik & memaklumkan sesuatu yang pelik pada kakak ni. mula-mula ada yang nampak dia senyum seorang diri, pastu ada yang nampak dia seperti bercakap seorang diri. akhirnya, satu senja, dia bercakap dengan lantang sekali, bercakap marah2 & tidak tentu butir percakapan. malam itu, dia masuk ke bilik & menggunakan cermin muka saya. pada mulanya membelek muka tetapi lama kelamaan bercakap seorang diri "aku cantik...aku cantik... dak... aku dah tak cantik... aku hodoh..." tangannya asyik menampar2 pipi. tangannya pula mencapai pisau kertas saya & bermain-main dengan pisau. (dia selalu tumpang meja saya untuk bersolek)

apalagi, saya pun mencapai baju & apa saja yang boleh dipakai esok pagi, terus keluar bilik. kawan-kawan sebilik saya pun berbuat demikian. malam itu kami menumpang tidur di bilik lain. tengah malam itu, saya mendengar dia bercakap, menjerit seorang diri. suasana rumah pada masa itu sunyi sepi. esok pagi; rupa-rupanya bukan saya seorang yang tidur2 ayam, semua housemate tidak nyenyak tidur. beberapa orang kawan pula terus berjumpa tuan rumah, minta dikeluarkan saja perempuan ini dari rumah kami. saya pula, memandangkan saya bekerja syif & ada cuti 2 hari, saya balik kampunglah...

sekembali dari kampung, dia sudah tiada. kawan2 mengetawakan saya kerana cabut balik kampung... apabila kami berkumpul, bercerita tentang pengalaman berbual & berhadapan dengan perempuan itu; satu cerita diperolehi:

kakak ini baru melahirkan anak, semasa tempoh berpantang, suaminya ada affair. dia tidak bersama suami (tidak pasti berpisah atau tidak). untuk menyara anak-anak yang ditinggalkan bersama ibu di kampung, dia mencari kerja di Pulau Pinang.

selebihnya, kami tidak tahu, benar atau tidak kisah itu, kami pun tidak pasti


maka habislah secawan kopi O yang diminum bersama seketul kuih. kami pun beredar

Comments

Saidah said…
ish seram lak.. kalo sy pun selamatkan diri dulu la.. pernah g rumah member yg abg dia sakit mental.. posmen antar surat pun bole kena marah tak pasal2.. sian posmen tuh..
anna said…
he he, dok rumah sewa ramai2, mcm2 experience.. awat blog idah la ni? dah x update citer? or ... maklum aje lah.. dah ada tpt citer yg istimewa...
Saidah said…
tahap skrg nie mmg kering idea nak mengupdate blog.. xtau la apasal..
anna said…
sebab idea dah dipost kat tpt lain kot?..kih kih.. bz sgt ka la ni?..

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang