Bubur Kurma

Saya nak berkongsi resepi kegemaran saya di bulan puasa ni.. bubur kurma... sorry, takde gambar bubur kurma, buah kurma je.. bahan2nya mudah sahaja: buah kurma, sagu, santan @ susu cair, sehelai daun pandan, gula pasir, gula merah @ gula melaka. kuantitinya bergantung kepada selera masing2... tapi bhn utamanya buah kurma ler...
cara2 membuatnya:
1. sagu di rebus sehingga masak, jgn lupa dikacau2 selalu
2. apabila dah tak keras, tiada biji2 putih tu, angkat & tapiskan. letak sebelah
3. santan, daun pandan yang disimpul, gula pasir, gula melaka & sedikit kurma dimasukkan dalam periuk & dimasakkan
4. tidak perlu lama sangat, nanti kurma hancur tetapi saya selalunya bahagi kpd 3 bhg, 1/3 saya masakkan bersama santan, yang selebihnya saya masukkan kemudian
5. apabila kurma dah nampak kembang sedikit, masukkan sagu tadi
sedap dihidangkan sejuk2... manis.. menyegarkan.. cubalah..

Comments

Popular posts from this blog

Loghat teman, siri 2

Sekilas Sekinchan

Tanggungjawab seorang Juruwang